Harian Metro: Arena |
Posted: 19 Jan 2013 04:10 AM PST Kuala Lumpur: Pemergian Misbun Ramdan Misbun (gambar) ke Nusa Mahsuri memberi petanda masa depan badminton kini mula dicorak kelab atau akademi yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Adakah mereka mampu terus 'hidup' tanpa naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)? Arena Metro cuba mendapatkan penjelasan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai. Soalan (S): Apa pandangan anda mengenai penubuhan banyak kelab ketika ini? Adakah ini satu saingan sihat? Jawapan (J): Kegiatan kelab badminton sudah lama wujud dalam sistem badminton negara ini. BAM terdiri daripada persatuan negeri dan kelab bernaung di bawah negeri. Pada 1950-60 an, mereka memainkan peranan kerana banyak menyertai kejohanan. Konsepnya masih sama sampai sekarang. Hakikatnya mereka bukan bersaing, tapi adalah 'cucu' BAM, memandangkan persatuan negeri umpama 'anak' kepada persatuan. Kami masih menjaga mereka dan apa yang berlaku amat bagus kerana membantu membangunkan badminton negara. S: Adakah mereka masih memiliki ruang untuk bertanding seperti pemain kebangsaan lain? Adakah BAM yang mengaturkannya? J: Semua kelab berdaftar dengan negeri dan jika mahu menyertai pertandingan antarabangsa, mereka perlu memohon kepada negeri untuk mendaftar menerusi BAM. Begitupun jika ada pertandingan yang perlukan kuota, BAM akan buat pemilihan untuk dapatkan pemain terbaik. S: Justeru, ranking memainkan peranan untuk menyertai pertandingan? J: Ya. S:Bagaimana dengan program pendedahan di kelab terbabit? J: Pemain dari kelab membuat latihan sendiri, mereka bayar kos untuk menyertai pertandingan. S: Boleh jelaskan, kejohanan manakah yang boleh disertai pemain kelab. J: Pertandingan yang boleh disertai pemain kelab adalah seperti Terbuka Malaysia, Kejohanan Super Series, GP Emas, Siri Antarabangsa seperti yang pernah disertai Hafiz Hashim, Zulfadli Zulkifli, Gan Teik Chai, Ong Soon Hock, Zakry Latif, Fairuzizuan Tazari dan mereka bertanding melalui kelab tetapi jika ingin menyertai pertandingan mereka perlu mendaftar kepada negeri yang kemudian memberi nama kepada BAM. Begitupun untuk perlawanan seperti Sukan Asia, Olimpik, Piala Thomas dan Piala Dunia, mereka akan melalui proses pemilihan berdasarkan ranking. Ini adalah pertandingan berdasarkan kuota. Bila pertandingan ada kuota, kami akan buat pemilihan menerusi ranking, bila tak ada kuota kita masuk nama dan terpulang kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk memilih pemain berdasarkan ranking dunia, bukan kami pilih. S: Tiada unsur berat sebelah dalam penyertaan? J: Tiada double standard, semua terbuka dari dulu hingga kini, sama saja. Itu cuma salah faham orang saja. S: Bagaimana anda lihat perkembangan pemain dari kelab sejak beberapa tahun lalu? J: Bagi pemain kelab, kadang kala jika tak cukup wang, sukar untuk mereka berlatih dan menyertai kejohanan tapi ada juga kelab yang kaya, mereka mampu mendapatkan jurulatih baru, latihan komprehensif berikutan tahap kewangan yang baik. Sejauh mana mereka mampu pergi, bergantung kepada kewangan mereka. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/19 |
Posted: 19 Jan 2013 04:07 AM PST London: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya pemain sayap Tottenham Hotspur, Gareth Bale masih terlalu jauh untuk dibandingkan dengan Ryan Giggs, menjelang pertemuan kedua-dua pasukan, malam ini. Bale dianggap pewaris Giggs dalam pasukan Wales dan pemain sayap kiri itu sudah menjaringkan sembilan gol liga musim ini, termasuk aksi solo ketika menewaskan United, 3-2 di Old Trafford, September lalu.
"Bale seorang pemain yang bagus. Begitupun apabila melihat Giggs pada usia 23 tahun, tidak ada pemain lebih baik daripadanya" kata Ferguson.
Robin van Persie dijangka kembali menyertai kesebelasan utama United berdepan Spurs dan keengganan Ferguson menyokong Rooney untuk terus melakukan sepakan penalti mungkin membuka peluang buat pemain Belanda itu.
Kedua-dua pasukan berjaya mengekalkan rekod kemenangan dalam enam perlawanan terakhir liga, biarpun United tidak pernah kalah di White Hart Lane sejak tewas 1-3 pada Mei 2001.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan