Harian Metro: Arena |
Posted: 20 Jan 2013 07:47 AM PST Kuala Lumpur: Datuk Lee Chong Wei menyuarakan hasrat melengkapkan 10 gelaran Terbuka Malaysia tahun depan, selepas mencatat sejarah baru pemenang terbanyak kejohanan itu dengan sembilan gelaran semalam. Pencapaian Chong Wei itu adalah yang terbaik mengatasi rekod Wong Peng Soon yang meraih gelaran kelapan pada 1952.
Pemain nombor satu dunia itu menjelaskan dia berjaya mengelak daripada tertekan selepas melihat tekanan itu hampir meragut impiannya pada separuh akhir menentang Jan O Jorgensen kelmarin.
CHONG Wei (kanan) mengalahkan pemain Indonesia, Sony 21-7, 21-8 pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia, semalam. "Selepas ini memang ada hasrat untuk gelaran ke-10 seperti kejuaraan GP Kebangsaan, tapi dua kejohanan ini jauh berbeza saingannya," kata Chong Wei yang akan menyertai Siri Super Perdana Seluruh England Mac ini.
"Kali pertama saya mengetahui keadaan isteri saya, memang saya gembira apa lagi usia saya bukan lagi muda," kata Chong Wei yang enggan menentukan masa depan anaknya nanti, sama ada menjadi pemain badminton atau kerjaya lain. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/20 |
Posted: 20 Jan 2013 07:37 AM PST Liverpool, England: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers memuji keserasian yang cepat dibina antara Luis Suarez dan Daniel Sturridge yang menyaksikan kedua-duanya menyumbang gol ketika membelasah Norwich City 5-0, kelmarin. Sturridge, 23, tiba dari Chelsea dengan nilai perpindahan £12 juta (RM57.3 juta) awal bulan ini dan muncul pemain ketujuh sepanjang sejarah Liverpool meledak gol pada setiap tiga perlawanan pertamanya bersama kelab itu.
Ketika Sturridge tiba, Rodgers berdepan persoalan bagaimana caranya beliau boleh menggandingkan pemain itu di barisan depan tetapi kini Suarez dilihat lebih bebas bergerak dengan Sturridge bertindak sebagai penyokong utama pemain Uruguay itu.
"Sturridge mempunyai kepantasan dan tenaga yang bagus, tapi dia juga seorang pemain yang bijak. Dia jelas mencetuskan rasa bimbang pasukan lawan.
"Saya menyaksikan gandingan kedua-dua pemain ketika sesi latihan dan ia memang amat bagus," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan