Harian Metro: Arena |
Posted: 21 Jan 2013 08:09 AM PST Kuala Lumpur: Terbuka Malaysia baru dua hari berlalu namun skrip yang tertulis pada 2013 tetap sama seperti sejak dua tahun lalu, apabila hanya Datuk Lee Chong Wei (gambar) menjadi pemain tunggal negara yang terus gah di bumi sendiri. Kelmarin, bukan sekadar merakam sejarah buat Chong Wei meraih gelaran kesembilan, melepasi rekod gelaran terbanyak milik Wong Peng Soon, lapan kejuaraan tapi lebih penting, kemenangannya itu setidak-tidaknya mengekalkan reputasi Malaysia sebagai penganjur bermaruah.
Begitu juga dengan juara perseorangan wanita, Zhang Ning, beregu wanita Yang Wei-Zhang Jiewen dan beregu campuran Zhang Jun- Gao Ling (China).
Malah ketika namanya meniti ke puncak, Lin Dan sering membayanginya dengan merangkul setiap gelaran kejohanan utama, namun pemain China itu gagal memecah monopoli anak kelahiran Pulau Pinang ini.
Dia menewaskan pemain Korea Lee Hyun Il (2008), Park Sung Hwan (2009), Boonsak Ponsana (2010), Chen Long (2011), Kenichi Tago (2012) dan Sony Dwi Kuncoro (2013).
|
Posted: 21 Jan 2013 07:57 AM PST Madrid: Real Madrid melupakan persembahan suram pada babak pertama musim ini apabila membelasah Valencia dalam 45 minit pertama untuk menang 5-0 dan mengendurkan tekanan buat jurulatih, Jose Mourinho. Cristiano Ronaldo dan Angel Di Maria kedua-duanya menyumbang dua gol dan Gonzalo Higuain turut mencetak gol ketika mereka mendominasi babak pertama.
Mereka juga tujuh mata di belakang jiran setempat, Atletico Madrid yang menundukkan Levante 2-0, awal pagi semalam.
Atletico menyamai rentetan rekod kemenangan di gelanggang sendiri dalam La Liga pada musim penuh bermakna buat kelab itu menerusi kemenangan ke atas Levante.
Namun kemenangan itu dibayangi kecederaan paha dialami penjaring 18 gol, Radamel Falcao yang mungkin memaksa penyerang Colombia itu diketepikan selama tiga minggu. - AFP Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan