Harian Metro: Arena |
Posted: 22 Jan 2013 02:54 PM PST Kuala Lumpur: Kemarau pingat emas sepak takraw negara di Sukan SEA sejak 2005 dilihat bakal berterusan apabila Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak yakin dengan kemampuan skuad elit A melakukannya di Myanmar, hujung tahun ini. Malah Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail meminta peminat tempatan tidak meletakkan sebarang harapan kerana sukan dwitahunan peringkat Asia Tenggara itu bukan lagi menjadi sasaran mereka kerana matlamat utama lebih menjurus kepada pentas lebih besar iaitu Sukan Asia 2014 di Korea Selatan.
"Saya memang tidak puas hati. Saya lihat mereka beraksi di Thailand baru-baru ini. Walaupun terpaksa beraksi sebelah malam, apa yang dipamerkan pemain berstatus kebangsaan itu agak mengecewakan kerana saya mengharapkan permainan mereka lebih bermutu," katanya selepas menyaksikan demonstrasi sukan 'chinlone yang bakal dipertandingkan di Myanmar.
PEMAIN negara berlatih untuk hadapi pertandingan. Mengulas kontrak Jamaluddin yang bakal berakhir hujung April, Ahmad menyerahkan perkara terbabit kepada Jawatankuasa Kejurulatihan dan Pemilihan PSM untuk membuat keputusan sebelum membentangkannya kepada pucuk pimpinan persatuan.
|
Posted: 22 Jan 2013 02:46 PM PST Seremban: Pengalaman menyertai beberapa kejohanan tempatan dimanfaatkan sebaiknya GER'S FC untuk menewaskan Bueh FC, 3-2 pada perlawanan akhir dan muncul juara Kejohanan Futsal Kolej UNITI 2013 di Arena Alam Megah Lukut, Port Dickson Negeri Sembilan, baru-baru ini. Pasukan juara dari Kuala Lumpur itu membawa pulang wang tunai RM1,000 dan hamper manakala Bueh FC dari Melaka meraih RM600 dan hamper.
Pengurus yang juga jurulatih GER'S FC, Jaafar Aziz berkata, kemenangan itu satu lagi kejayaan pasukannya selepas memenangi Kejohanan Futsal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2012, November lalu dan meraih trofi serta hadiah RM3,000.
"Ini satu pencapaian membanggakan hasil persiapan rapi dan pengalaman menyertai beberapa kejohanan sepanjang tahun lalu," katanya.
Sebanyak 48 pasukan menyertai kejohanan anjuran Kelab Kaunseling Kolej UNITI di Pasir Panjang Port Dickson itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan