Harian Metro: Arena |
Rajagobal terdesak cari penggempur Posted: Di sebalik rasa terkilan dengan masalah kecederaan pemain dalam skuad kebangsaan, pengurus Datuk Seri Subahan Kamal tetap yakin barisan pemain yang bakal menjalani latihan pusat bersama ketua jurulatih Datuk K Rajagobal (gambar) bermula hari ini mampu membentuk skuad mantap bagi mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar 6 Februari ini. Antara pemain yang berada dalam senarai kecederaan ketika ini adalah K Gurusamy, Mohd Bunyamin Omar dan Mohd Nor Farhan Muhammad hingga memaksa pengendali negara memanggil dua lagi pemain Abdul Shukur Jusoh dan Mohd Fitri Omar dalam skuad 26 pemain itu.
Namun Subahan yang dihubungi Arena Metro meredakan perkhabaran kurang baik buat skuad kebangsaan itu dengan menyatakan kehadiran Amri tiada kaitan dengan kecederaan Safee.
Selepas menjalani latihan pusat tiga hari di Wisma FAM, Kelana Jaya, skuad Harimau Malaya berlepas ke Dubai bagi aksi persahabatan antarabangsa menentang Iraq pada 31 Januari.
Bagi Subahan yang juga Naib Presiden FAM, beliau mengharapkan semua pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam dua perlawanan menentang pasukan handalan negara Teluk itu.
|
Posted: Pemain Britain, Andy Murray (gambar) menundukkan Roger Federer pada pertembungan getir lima set untuk layak ke perlawanan akhir kejohanan tenis Terbuka Australia, semalam. Juara Terbuka AS itu menamatkan rentetan kegagalan Grand Slam menentang pemain nombor dua dunia dari Switzerland itu, memenangi pertemuan separuh akhir 6-4, 6-7 (5/7), 6-3, 6-7 (2/7), 6-2 dalam masa tepat empat jam.
Murray melebarkan rekod pertemuannya ke atas Federer, pemenang 17 kejuaraan utama kepada 11-9, namun ia kejayaan pertamanya ke atas Federer dalam empat perlawanan Grand Slam.
"Saya tidak bermain dengan baik dalam tie-break, sukar apabila anda melakukan servis untuk merebut tempat ke final dan beberapa minit kemudian anda beraksi dalam set kelima.
"Djokovic mempamerkan aksi terbaik di sini, final ketiganya berturut-turut dan saya perlu bermain dengan cemerlang," kata Murray.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan