Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Jaguh terjun negara, Bryan Nickson Lomas bukan saja digilai peminat sukan tempatan malah turut diminati barisan atlet cilik yang memilihnya sebagai idola untuk bergelar penerjun bertaraf dunia. Namun bagi Bryan, 23, untuk sampai ke tahap dunia, keupayaan harus digilap seawal usia lima hingga tujuh tahun selain perlu mempunyai disiplin tinggi.
Kemesraan Bryan bersama skuad pelapis jelas terserlah apabila mereka menyambutnya dengan penuh kemesraan serta hilai ketawa. Ikuti sesi temu bual Nur Dhabitah dan Muhammad Nazreen yang berkesempatan berbicara secara dekat bersama idola kesayangan mereka, Bryan.
BRYAN (kanan) beri nasihat kepada Dhabitah (dua dari kiri) dan Nazreen (kanan). Bagaimana membahagikan masa dengan baik, terikat dengan sesi jadual padat, bergelar mahasiswa Universiti Malaya (UM), berjumpa dengan keluarga serta rakan? Perlu bijak membahagikan masa, jadual saya memang sibuk. Misalnya sesi latihan di sebelah pagi dan petang, sibuk pula menghadiri kuliah. Malam pula akan siapkan tugasan diberikan pensyarah dan selebihnya mengulang kaji pelajaran. Sama juga dengan Sabtu. Ahad pula masa untuk berehat dan keluar bersama rakan. Bagi melepaskan rindu dengan keluarga di Kuching, Sarawak, saya akan hubungi mereka menerusi telefon.
Apakah aktiviti riadah di masa lapang? Suka bermain permainan komputer. Itu memang wajib jika ada masa terluang.
|
Posted: London: Chelsea cuba menghidupkan kembali cabaran musim ini meskipun tanpa kelibat Eden Hazard apabila turun beraksi menentang Brentford di pusingan keempat Piala FA, malam ini. Hazard digantung selepas diarah keluar padang pada perlawanan separuh akhir Piala Liga di Swansea selepas menendang budak pengutip bola dan berdepan tindakan susulan FA Inggeris.
Jika kalah buat kali kedua minggu ini, Blues hanya tinggal saingan Liga Europa untuk bergelar juara musim ini sekali gus meningkatkan tekanan kepada pengurus pasukan, Rafael Benitez.
"Kami tahu perlu menjaringkan gol untuk mengukuhkan kedudukan tapi gagal melakukannya.
"Pasukan perlu lebih mantap di depan gawang kerana kami banyak mencipta peluang menjaringkan gol. Kami perlu menjaringkan lebih banyak gol.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan