Harian Metro: Arena |
Posted: Legenda badminton negara, Datuk Eddy Choong (Ewe Beng) menghembuskan nafas terakhir di Pulau Pinang. Hajat terakhir Eddie, 83, adalah ke London untuk menonton Siri Super Seluruh England, kejohanan yang tidak pernah terlepas ditonton secara langsung sejak tidak lagi aktif sebagai atlet.
"Beliau banyak menyumbang kepada negara, apa lagi badminton Pulau Pinang (BAPP). Sebagai pemain tersohor era 1950-an, beliau juga membantu persatuan negeri, ketika saya mengenalinya dalam Persatuan Badminton Pulau Pinang. Saya berkerja dengannya ketika beliau menjadi Naib Presiden, manakala saya menerajui Jawatankuasa Penyelaras Kejurulatihan," kata Setiausaha BAPP, Tony Tan Gim Hin.
Sementara bagi dua bekas atlet terkemuka negara di dua era berbeza, Datuk James Selvaraj dan Rashid Sidek, mendiang seorang yang amat positif dan mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya.
"Pada eranya, dia amat hebat dan kita tidak boleh bandingkan dengan era sekarang. Beliau meletakkan nama Malaysia pada tahap tertinggi ketika bergelar pemain, selepas itu sering menyumbang nasihat untuk pemain meniti kejayaan.
|
Posted: Afrika Selatan bangkit dua kali untuk mengikat Maghribi 2-2 pada saingan Kumpulan A sekali gus layak ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika. Skuad Bafana Bafana berkongsi lima mata dengan Cape Verde tapi perbezaan jaringan menyaksikan tuan rumah kekal di tangga teratas kumpulan berbanding Cape Verde yang mencatat kemenangan 2-1 ke atas Angola di Port Elizabeth.
"Kami bangga kerana berjaya melepasi objektif pertama. Saya harus berterima kasih kepada pemain serta penyokong," kata jurulatih Afrika Selatan, Gordon Igesund yang hanya mempunyai masa selama lima bulan untuk mempersiapkan pasukan.
"Keputusan di Piala Negara-Negara Afrika agak memberangsangkan dan kami kini bersiap sedia untuk kelayakan Piala Dunia 2014. Objektif utama adalah edisi 2015 Piala Negara-Negara Afrika iaitu ketika Maghribi menjadi tuan rumah," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/29 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan