Harian Metro: Arena |
Posted: 05 Jan 2013 12:16 PM PST Siapa tidak kenal pemain sayap kanan Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Nor yang baru saja menerima dua anugerah cemerlang, Pemain Muda Terbaik dan Pemain Pilihan Kegemaran Ramai Liga Singapura 2012. Bagaimanapun, anak muda berusia 22 tahun itu tetap merendah diri dan berazam untuk terus berjaya dalam karier bola sepak. "Saya masih seperti dulu, tidak sekali-kali akan sombong walau sudah di 'atas'." Itulah kata-kata hikmat diberikan kepada peminatnya, Muhammad Aizat Hussain Shaharuddin pada pertemuan di padang FAM, baru-baru ini. AIZAT gembira selepas mendapat jersi ditandatangani Wan Zack. WAN ZACK (kanan) memberi tunjuk ajar kepada Aizat cara menimbang bola.
Ayah Aizat baru saja meninggal dunia pada Ramadan lalu manakala bapa Wan Zack, Jun 2010 pada usia 74 tahun. Ikuti temubual Aizat dan Wan Zack sebelum pemain muda negara itu memberinya tips untuk bermain lebih lincah di padang. SOALAN: Bagaimana permulaan perjalanan hidup Wan Zack sebagai pemain bola sepak? JAWAPAN: Asalnya saya lebih gemar bermain badminton tapi kemudian beralih meminati bola sepak kerana terpengaruh dengan kerjaya abang, Wan Azwari yang bermain untuk skuad Sabah. Kerjaya bola sepak saya bermula seawal usia 12 tahun apabila terpilih menyertai skuad bawah 12 tahun Malaysia. Saya nekad untuk terus fokus sebagai pemain bola sepak profesional apatah lagi terpilih ke Jepun menyertai perlawanan Bola Sepak Remaja Asia 2003 sebelum diserap untuk beraksi dengan pasukan Harimau Malaya. S: Apakah tips untuk jadi pemain terbaik? J: Yang penting kita perlu bersungguh-sungguh, terus berusaha dan sentiasa cuba lakukan yang lebih baik. S: Bagaimana Wan Zack membahagikan masa bermain bola sepak serta urusan peribadi, dengan keluarga umpamanya? J: Secara jujur saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Terlalu padat dengan latihan di padang pagi dan petang. Mujur keluarga amat memahami. S: Apakah perasaan Wan Zack apabila kini sudah terkenal dan bagaimana caranya melayan peminat? J: Bagi saya, terkenal itu tidak penting. Yang lebih utama kita jalankan tugas dengan baik. Saya tetap melayan peminat dengan baik, kita jangan sombong dengan sesiapa pun. S: Mungkin Wan Zack juga mempunyai idola bola sepak? Siapa agaknya? J: Cristiano Ronaldo. Bagi saya dia seorang pemain istimewa, sempurna serta mempunyai kelebihan bermain dengan kedua-dua kaki kiri dan kanan. S: Selain bersukan, apa aktiviti riadah Wan Zack? J: Saya gemar menembak ikan, memancing ikan dan bermain Play Station (PS) S: Apa rancangan masa depan? Difahamkan Wan Zack ada rancangan untuk bermain dengan kelab antarabangsa dan jika diberi peluang, kelab mana yang diimpikan? J: Ya memang impian saya untuk bergelar pemain bola sepak antarabangsa yang disegani. Pastinya hajat di hati untuk mewakili kelab terkenal seperti Manchester United atau Chelsea tapi kita kena bersikap realistik dan saya sekadar memilih kelab di Asia terlebih dulu. S: Jika diberikan pilihan kerjaya lain, apa pekerjaan yang Wan Zack impikan? J: Berniaga. Saya mahu bergelar usahawan berjaya. S: Saya ingin tahu, apa misi atau 'moto' hidup Wan Zack? J: Sentiasa berusaha. BIODATA WAN ZACK NAMA: WAN ZACK HAIKAL WAN NOR BIODATA AIZAT NAMA: MUHAMMAD AIZAT HUSSAIN SHAHRUDDIN |
Posted: 05 Jan 2013 12:07 PM PST Pengurusan Manchester City dilapor bersedia menjual Mario Balotelli selepas pengurus, Roberto Mancini didakwa mengaku tidak mampu mengubah sikap penyerang muda Itali itu. Meskipun Mancini secara terbuka mendakwa Balotelli kekal milik City, sumber menyatakan, pengurus warga Itali itu didakwa memutuskan sudah sampai masanya melepaskan penyerang berusia 22 tahun itu.
Namun, tanpa sumbangan di atas padang, hanya satu gol liga dijaringkan musim ini dan kerap melakukan pelbagai masalah di luar padang, Mancini yang sebelum ini acap kali mempertahankan Balotelli kini akur tidak lagi mampu berbuat apa-apa untuk mengubah sikapnya.
Bagaimanapun bekas pemain Inter Milan itu tidak akan didenda dan disenarai dalam skuad yang turun menentang Watford di Stadium Etihad, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan