Harian Metro: Arena |
Chong Wei optimis pertahan kejuaraan Posted: 06 Jan 2013 01:31 PM PST Datuk Lee Chong Wei membayangkan saingan pembuka tirai 2013 di Terbuka Korea bakal menjadi miliknya meskipun persiapannya tidak cukup sempurna. "Persiapan kurang sempurna, masa banyak dihabiskan untuk mengembalikan tahap kecergasan, lagipun saya baru saja berkahwin dua bulan lalu. "Tapi saya mahu pastikan kejuaraan tahun lalu kekal milik saya," kata Chong Wei yang ingin mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea berstatus Siri Super Premier.
"Tahun ini saya sasarkan kejohanan besar saja termasuk Kejohanan Dunia. Saya tidak kisah apa juga keputusan di sini (Korea) tapi lebih baik jika saya menang.
|
Posted: 06 Jan 2013 01:25 PM PST Lionel Messi dijangka muncul pemain pertama memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali keempat berturut-turut sekali gus melengkapkan statusnya sebagai pemain terhebat generasinya. Pemain berusia 25 tahun itu menjadi pilihan utama untuk memenangi anugerah itu, mengetepikan pencabarnya iaitu rakan sepasukan di Barcelona, Andres Iniesta dan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Dia menamatkan tahun lalu dengan menjaringkan 91 gol dalam semua pertandingan.
Messi tetap merendah diri menjelang pengumuman anugerah itu awal pagi esok di Zurich.
Messi dan bekas bintang Perancis yang juga Presiden UEFA, Michel Platini, adalah dua pemain yang memenangi anugerah itu tiga kali berturut-turut sementara bintang Belanda, Johan Cruyff dan Marco Van Basten turut pernah memenanginya tiga kali.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan