Harian Metro: BeritaUtama |
Pemain bass New Boyz bebas tuduhan edar ganja Posted: 11 Jan 2013 12:54 AM PST Shah Alam: Pemain bass Kumpulan New Boyz, Zack atau nama sebenarnya Radin Irwan Dzul Karnain Isagani dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari daripada tuduhan mengedar 1.321 kilogram ganja, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zack.
Dalam keputusannya, Hakim Akhtar tegas mempersoalan kredibiliti pegawai penyiasat dan pegawai serbuan di dalam kes ini. Hakim Akthar mempersoalkan kapasiti pegawai penyiasat yand didakwa gagal membuat siasatan walaupun sudah lama berkhidmat. Beliau merujuk kepada kegagalan pegawai penyiasat yang hanya menyiasat pemilik rumah selepas dua tahun kejadian selain tidak mengenalpasti dengan tepat di mana kedudukan sebenar dadah yang dikatakan dibuang dari tingkat 11 di sebuah kondominium.
|
Posted: 10 Jan 2013 02:53 PM PST Kuala Lumpur: Selepas lebih 15 tahun, baru dua beradik perempuan menyedari tindakan ibu memakaikan mereka susuk sejak berusia belasan tahun bagi mengekalkan kecantikan dan memikat sesiapa memandang, adalah perbuatan syirik dan bertentangan ajaran Islam. Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, mendapat kesedaran selepas dimaklumkan rakan dan bersyukur kerana selepas berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu. Menurut Lisa, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkan mereka menganggap ia perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam. "Ibu beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dalam Islam memang amat terbatas. DUA beradik menceritakan pengalaman memakai susuk.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/11 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan