Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 13 Jan 2013 03:55 PM PST LONDON: Manchester City mengambil kesempatan ketiadaan Laurent Koscielny yang dibuang padang di awal perlawanan untuk mencatatkan kemenangan sulung di Arsenal sejak 38 tahun lalu. Kemenangan 2-0 itu memberi ruang kepada City untuk terus memburu kejuaraan liga walaupun masih ketinggalan tujuh mata berbanding Manchester United. Pemain antarabangsa Perancis itu dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Edin Dzeko dalam kawasan penalti dan menyebabkan Arsenal terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Bagaimanapun, sepakan penalti yang diperoleh gagal disempurnakan oleh Wojciech Szczesny, tetapi penyerang Bosnia berjaya membatu James Milner untuk gol pembukaan City.
ARSENAL 0 - MAN CITY 2 (James Milner (21) Edin Dzeko (32) ) Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/14 |
Posted: 13 Jan 2013 03:55 PM PST Johor Bahru: Amat memilukan melihat keadaan seorang bayi berusia setahun enam bulan yang tidak boleh berenggang dengan mesin oksigen untuk meneruskan kehidupan berikutan mengalami masalah paru-paru dan dijangkiti tiga jenis virus. "Jika tidak menerima bantuan pernafasan daripada mesin oksigen itu untuk tempoh cuma lima minit, anak saya akan mengalami sesak nafas, tubuhnya bertukar kebiruan dan nyawanya dalam bahaya." Demikian kata Siti Noor Anom Naton, 29, menceritakan keadaan anak bongsunya, Muhammad Hazim Mohd Rizat yang bergantung pada mesin bantuan pernafasan untuk hidup sejak dilahirkan sebagai bayi pramatang. Siti Noor Anom berkata, sejak dalam kandungan doktor memaklumkan Hazim bermasalah kerana mendapati saiznya tidak normal iaitu terlalu kecil. SITI Noor Anom memberi susu kepada anaknya, Hazim menggunakan tiub.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan