Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 14 Jan 2013 03:05 PM PST Kuala Lumpur: Tarikan untuk tampil cantik dengan kulit putih gebu dalam tempoh singkat menyebabkan ada wanita yang sanggup berbuat apa saja termasuk tidak mengikuti prosedur klinikal daripada doktor pakar atau profesional sehingga mendedahkan diri kepada risiko kesihatan. Ini berikutan kewujudan pakej kecantikan wajah yang murah, mudah dan cepat ditawarkan oleh 'pakar' tidak bertauliah kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjalani prosedur perubatan di tempat terbuka. Kegiatan suntikan vitamin C, plasenta, kolagen, sel stem dan glutathione itu semakin laris di kalangan wanita namun tanpa disedari mereka sebenarnya terdedah kepada jangkitan HIV dan Hepatitis B. Seorang wanita yang mendakwa dirinya pakar perunding kecantikan mendakwa mengaut keuntungan mudah dengan menjalankan perkhidmatan menyuntik produk kecantikan itu kepada sesiapa saja yang berminat di tempat terbuka. URUTAN gambar menunjukkan Suzy menyuntik pelanggannya di dalam kereta dan di rumah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/15 |
Posted: 14 Jan 2013 03:05 PM PST Petaling Jaya: "Saya tidak sangka dia tergamak cuba membunuh dengan menetak saya beberapa kali kerana menegur sikapnya yang panas baran," kata Herman, 26, yang cedera ditetak bapa saudaranya, petang Sabtu lalu. Beliau mengalami kecederaan ditetak menggunakan senjata parang di tangan kanan, muka dan belakang badan hanya kerana bapa saudaranya yang berusia 40-an tidak berpuas hati selepas mendakwa cuba mencampuri urusan rumah tangganya. Menurut Herman, serangan tanpa belas kasihan itu berlaku selepas isteri bapa saudaranya menghubunginya sambil menangis dan merayu meminta tolong kerana tidak tahan dimarahi berikutan tersalah membeli ubat. Beliau berkata, dia menerima panggilan itu jam 10 pagi sebelum diminta datang ke rumah bapa saudaranya itu di Kampung Kayu Ara, dekat sini, selepas tidak tahan dimarahi suaminya yang tiba-tiba mengamuk. HERMAN menunjukkan tangan yang cedera ditetak bapa saudara yang panas baran. BELAKANG badan Herman turut luka ditetak.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan