Harian Metro: BeritaUtama |
728 berlindung di pusat banjir Posted: 19 Jan 2013 05:33 AM PST Kota Tinggi: Seramai 728 orang membabitkan 148 keluarga terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan semalam, berikutan banjir setinggi 0.5 meter akibat hujan berterusan sejak petang kelmarin. Tiga pusat pemindahan dibuka ialah Dewan Kampung Baru Teluk Ramunia, Dewan Kampung Sungai Emas serta Dewan Kota Kecil, dan dijangka lebih banyak pusat pemindahan akan dibuka jika hujan berterusan. Hujan lebat bermula jam 7 malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah, termasuk di Taman Aman, Taman Mawai dan Kampung Batu 1, Mawai, di sini, dinaiki air, menyebabkan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai, Kota Kecil, di sini. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Sabariah Salim berkata, pada jam 1 tengah hari semalam, seramai 200 orang, termasuk kanak-kanak serta membabitkan 40 keluarga, berdaftar di pusat pemindahan itu. KAWASAN komersial di Taman Aman, Kota Tinggi dinaiki air sejak pukul 6 pagi. SEBAHAGIAN mangsa banjir dari Taman Aman, Taman Mawai dan Jalan Mawai berehat di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kota Tinggi.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/19 |
Posted: 19 Jan 2013 05:29 AM PST Kuala Lumpur: "Ayah sayang Ina macam ayah sayangkan ibu. Ayah tak mahu berjauhan dengan Ina kerana wajah Ina sama macam ibu," itu ungkapan yang sering didengar Harlina, 19, (bukan nama sebenar) setiap kali 'dijamah' bapanya. Dia mendakwa menjadi mangsa noda bapanya sejak berusia 13 tahun, iaitu beberapa bulan selepas ibunya meninggal ketika melahirkan adik bongsunya, tujuh tahun lalu. "Ayah beri alasan dia tak inginkan wanita lain selepas ibu. Dia seolah-olah tak dapat terima hakikat ibu sudah tiada. Taksub dengan perasaan cinta terhadap ibu menyebabkan saya pula menjadi mangsa. "Malah, ayah pernah bercakap seorang diri, seolah-olah berbual dengan ibu. Dia hilang pedoman dan kurang siuman dengan pemergian ibu hinggakan adik bongsu langsung tidak dipedulikan, menyebabkan kami hilang tempat bergantung. INA tidak dapat memaafkan perbuatan bapanya.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan