Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 21 Jan 2013 01:43 PM PST Kuala Berang: Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa. Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011. Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu. "Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual. Emas bermutu rendah' dilelong langsung tiada nilai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/22 |
Posted: 21 Jan 2013 01:43 PM PST Melaka: Seorang wanita nekad melawan empat penjenayah yang merompak kedai serbaneka milik suaminya dengan menumbuk dan menendang seorang daripada mereka dalam kejadian di Jalan Kampung Pantai, Kampung Hulu, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian 8.45 malam, tindakan pantas mangsa, Sally Lee, 31, yang menutup laci di kaunter ketika seorang lagi penjenayah cuba mengambil duit dan dua kamera miliknya turut mengakibatkan tangan lelaki itu cedera akibat tersepit. Kejadian itu mengakibatkan mangsa kerugian RM4,000 apabila komputer riba, cakera keras luaran (external hard disk), beg mengandungi RM600 dan dua kamera miliknya dilarikan penjenayah berkenaan. Sally berkata, ketika kejadian dia berseorangan di selepas suaminya, Ben Kong, 30, menghantar barangan tidak jauh dari situ.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan