Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 08 Jan 2013 03:21 PM PST Oleh Syah Rul Aswari Abdullah, Sarah Zulkifli, Nor Azura Abdul Jalil dan Izlaily Nurul Ain Hussein Kuala Lumpur: Membuat dagu terbelah dan runcing, memancungkan hidung, membetulkan tulang pipi serta mengambil suntikan vitamin C supaya kulit muka lebih cerah. Jika dulu semua rawatan perubatan kosmetik itu hanya dilakukan wanita, kini ia turut dipraktikkan segelintir lelaki di Malaysia. Pengaruh fenomena K-pop dipercayai turut menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan terbaru ini hingga ada lelaki terbabit sanggup berhabisan ribuan ringgit bagi mendapatkan wajah idaman persis penyanyi dan pelakon Korea. Malah, ada juga yang bertindak lebih drastik dengan melakukan pembedahan menyedut lemak di dada, perut dan paha bagi mendapatkan susuk tubuh menarik supaya lebih sesuai dengan bentuk wajah yang diubah. RITZ ditemu ramah wartawan Harian Metro.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
Posted: 08 Jan 2013 03:21 PM PST Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 26 tahun 'berkurung' hampir enam jam selepas menetak hingga mati rakan serumahnya dalam kejadian di Flat Sri Kuching, di sini, semalam. Dalam kejadian disedari kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki terbabit dipercayai panik selepas membunuh rakan serumahnya iaitu seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Yulianti, 36, sebelum bertindak mengurung diri di dalam biliknya. Difahamkan, mangsa dan lelaki terbabit ada bertengkar sebelum mangsa ditetak di belakang leher menggunakan pisau pemotong daging. Kejadian berkenaan hanya disedari pemilik rumah berkenaan yang mahu dikenali sebagai Beh, 50, selepas memecahkan pintu rumah berkenaan. Rakan serumah mangsa ditahan polis untuk siasatan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan