Harian Metro: Setempat |
Posted: 18 Jan 2013 10:45 PM PST "Saya disahkan doktor mengalami gangguan kelopak mata kanan menyebabkan pandangan kabur, malah saya juga sukar tidur malam," kata M Balakrishnen, 48, menceritakan kesan buruk dihadapi selepas kepalanya cedera ditimpa siling asbestos yang reput dalam kejadian bulan lalu. Menceritakan semula kejadian itu, Balakrishnen yang juga kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Shah Alam berkata, dia ditimpa siling itu ketika menaiki tangga untuk ke rumahnya di tingkat satu, Blok 10, Flat Desa Mentari, di sini, pada 25 Disember lalu.
"Mujur anak terselamat dan tidak mengalami kecederaan kerana saya sempat memeluk dia untuk melindunginya," katanya, semalam.
SILING asbestos yang runtuh masih belum diganti. "Malah, kesihatan saya juga tidak menentu dan kini terpaksa bergantung pada ubatan," katanya.
"Sudah banyak kali kejadian bumbung atau siling flat yang reput dan jatuh menimpa penduduk. Namun, apa yang saya dialami adalah kejadian serius.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan