Harian Metro: Setempat |
Posted: Shah Alam: Lebih 1,000 penghuni yang mendiami 240 unit pangsapuri di Seksyen 22, Batu 3, di sini, menyifatkan mereka ibarat menunggu ajal setiap hari berikutan keadaan struktur bangunan 15 tingkat itu mulai condong. Sehingga kini, tiada siapa membantu penghuni Pangsapuri Indahria itu menyebabkan mereka pasrah dan hanya menanti kediaman menyembah bumi, sekali gus memungkinkan tragedi Highland Tower berulang.
"Pemaju ada membaikinya semula kerana ia masih di bawah selenggaraan mereka namun pada tahun lalu mendapan tanah mula berlaku apabila kaki lima beralun manakala cerucuk yang menyokong keseluruhan bangunan mula kelihatan.
Katanya, tindakan itu diambil kerana beberapa siri perbincangan sudah diadakan membabitkan kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pemaju, Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) sejak April tahun lalu.
Menurutnya, antara persetujuan yang dicapai ialah peruntukan kecemasan oleh pihak MBSA sebanyak RM250,000 bagi kerja baik pulih kecemasan pada sistem pembetungan pangsapuri itu yang terjejas akibat rekahan itu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan