Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Pelumba senior negara, Josiah Ng diberi tanggungjawab besar untuk menggalas misi membawa pulang pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang akan berlangsung di New Delhi, Mac ini. Berdasarkan prestasi semasa pelumba, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab (gambar) berkata, hanya Josiah berlatih secara konsisten berbanding Azizulhasni Awang yang masih di negara ini.
Josiah diberi tanggungjawab beraksi dalam empat acara iaitu 1km ujian masa, keirin, pecut individu dan pecut berpasukan manakala Edrus akan menggalas tugas dalam acara pecut individu, pecut berpasukan dan 1km ujian masa.
JOSIAH (kiri) galas misi penting negara. Mengulas mengenai situasi semasa Azizulhasni, Abu Samah berkata, pelumba itu kini diletakkan di bawah pemerhatian jurulatih trek endurance, Graham Seers kerana masih lagi berdepan dengan masalah mendapatkan visa bagi membolehkannya kembali ke Melbourne untuk berlatih di bawah Beasley dan rakan lain. Bagaimanapun kemampuan Azizulhasni tidak diragui dan pemenang emas Sukan Asia acara keirin itu tetap disenaraikan dalam skuad kebangsaan. Sementara itu, turut disenaraikan, Muhd Arfy Qhairant Amran, Mohd Fattah Amri Zaib, Nik Mohd Azwan Zulkifle, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri, Mohd Fakhruddin Daud, Mohammad Fairet Rusli, Wan Shazwan Afiq Wan Shahril Anwar dan Hamdan Hamidun.
|
Djokovic ketuai cabaran Serbia Posted: Paris: Pemain nombor satu dunia dan juara baru Terbuka Australia, Novak Djokovic kembali beraksi pada Piala Davis hujung minggu ini ketika pencabarnya dalam acara Grand Slam tidak beraksi pada pusingan pembukaan. Pemain Serbia itu, yang merangkul kejuaraan keempat di Melbourne dan Grand Slam keenam kariernya menerusi kemenangan ke atas Andy Murray Ahad lalu, akan mengetuai negaranya pada perlawanan pembukaan Kumpulan Dunia menentang Belgium.
Pemain nombor dua dunia, Roger Federer, pemain ranking keempat David Ferrer selain pemain nombor tujuh dunia, Juan Martin del Potro memilih tidak turun beraksi masing-masing buat Switzerland, Sepanyol dan Argentina.
Pemain terbaik tuan rumah David Goffin hanya berada di ranking ke-50.
Ketiadaannya amat dirasai apabila Serbia kecundang pada suku akhir di tangan juara, Republik Czech.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan