Harian Metro: Arena |
Posted: Madrid: Penjaga gol Manchester United, David De Gea dikecam hebat sepanjang musim ini namun pujian melambung diberikan pengurusnya, Alex Ferguson selepas persembahan cemerlang ketika menentang Real Madrid pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam. Pemain remaja Sepanyol berusia 22 tahun itu menyelamatkan gawangnya daripada banyak percubaan tuan rumah untuk membantu United mengikat kedudukan 1-1 pada perlawanan pertama pusingan kedua di Bernabeu. "Sukar untuk bertandang ke gelanggang ini kerana Real memiliki rekod menakjubkan di laman sendiri," kata Ferguson. "Saya sedikit kecewa kerana kami terlalu bertahan hingga membuka peluang buat Real melakukan hantaran silang dan percubaan. DE Gea (kanan) pamer aksi terbaik sekat serangan Real.
Bagaimanapun Ferguson tetap memberikan sokongan dan penjaga gol itu menghalang dua percubaan berbahaya Fabio Coentrao selain berdepan Mesut Ozil dalam situasi satu lawan satu. "Dia mempamerkan peningkatan sepanjang musim ini," kata Ferguson. "Pada babak pertama, dia bertindak dengan begitu menakjubkan untuk menepis bola keluar. "Memang sukar untuk dia kembali dan beraksi mantap di stadium ini. Dia mewakili Atletico dan pastinya De Gea meraikan keputusan ini." Rakan sepasukan, Ryan Giggs turut gembira menyaksikan persembahan yang dipamerkan De Gea di Madrid. "Dia penjaga gol yang bagus dan caranya menghalang rembatan tiada tandingan. "Dia semakin matang dan menunjukkannya malam ini (awal pagi semalam). Dia tampil ke Madrid dengan tekanan tinggi kerana pernah mewakili Atletico dan dia sudah membuktikan keupayaannya." - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/15 |
Posted: Glasgow: Pemain tengah Celtic, Kris Commons menegaskan rakan sepasukan, Efe Ambrose perlu bertanggungjawab terhadap kesilapannya yang mengakibatkan kekalahan 0-3 kepada Juventus hingga hampir menutup peluang Hoops dalam kempen Liga Juara-Juara. Pemain pertahanan Nigeria, Ambrose kembali ke Glasgow pagi Selasa hari perlawanan di Parkhead selepas membantu Super Eagles memenangi Piala Negara-Negara Afrika, Ahad lalu.
Ambrose menghadiahkan Alessandro Matri gol awal, mensia-siakan peluang terbaik Celtic dalam perlawanan itu apabila sekadar menanduk tepat ke arah Gianluigi Buffon biarpun tidak dikawal dan kehilangan bola kepada Mirko Vucinic yang menyumbat gol ketiga untuk Juventus yang semakin selesa untuk mara ke suku akhir.
"Jika dia tidak dalam keadaan baik, dia sepatutnya memberitahu perkara sebenar.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan