Harian Metro: Arena |
Posted: Usaha Kelantan mempertahankan kejuaraan Liga Super semakin goyah apabila hingga kini hanya mencatatkan satu kemenangan selepas mengharungi enam perlawanan. Terbaru, skuad kendalian Bojan Hodak itu tewas kepada Selangor 0-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi untuk kekal di pertengahan liga dengan meraih enam mata.
Pada perlawanan disaksikan kira-kira 25,000 penonton itu, pelawat jelas pincang tanpa kehadiran perancang tengah dan kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi yang hanya masuk sebagai pemain gantian pada awal babak kedua.
Ketumpulan jentera serangan nampaknya masih menghantui Kelantan apabila penyerangnya termasuk Keita Mandjou gagal mempamerkan penyudahan tajam di samping mempersia-siakan beberapa peluang keemasan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/16 |
Kami fokus terhadap Blackburn dulu: Mertesacker Posted: London: Per Mertesacker menegaskan Arsenal akan fokus terhadap perlawanan Piala FA menentang Blackburn hari ini, 72 jam sebelum gergasi Jerman, Bayern Munich tiba di utara London untuk pertemuan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara. Skuad kendalian Arsene Wenger mensasarkan trofi pertama sejak kali terakhir menang Piala FA 2005 dan pertemuan menentang pasukan bahagian kedua, Rovers selari dengan peningkatan persembahan untuk merealisasikan misi memburu empat tempat teratas Liga Perdana.
"Kami masih mempunyai perlawanan penting saingan piala hari ini. Kami pastinya mahu melangkah jauh pada Piala FA, ini adalah sebabnya persiapan menentang Bayern belum dilakukan sepenuhnya," kata pemain antarabangsa Jerman itu.
"Wilshere menjalani ujian kelmarin dan semalam," kata Wenger. "Dia kelihatan semakin baik. Dia belum pasti beraksi hari ini selepas pahanya disepak.
"Vermaelen kelihatan bagus dan mungkin kembali hari ini. Dia seharusnya tersenarai dalam skuad." Pemain tengah, Abou Diaby boleh diturunkan namun pertahanan kanan, Carl Jenkinson digantung selepas dibuang padang ketika menewaskan Sunderland hujung minggu lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan