Harian Metro: Arena |
Posted: Johor Bahru: Selepas sekian lama berdiam diri akhirnya Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (gambar) meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang boleh ditakrif masih berada di tahap amatur ketika bola sepak di Malaysia sudah lama di era profesional. Tunku Ismail nyata kecewa dengan mutu pengadilan yang langsung tidak berkualiti apabila kerap membuat keputusan meragukan, terutama kesalahan yang begitu jelas dilakukan pasukan lawan, bagaikan tidak endah sebaliknya menghukum kesalahan yang dilakukan pemain Johor Darul Takzim.
"Saya hormati Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah dan Timbalan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tetapi apa yang saya ingin persoalkan tindakan lanjut daripada pegawai FAM berhubung mutu pengadilan yang lemah dan saya difahamkan ketika saingan liga berehat selama tiga minggu semua pengadil menjalani kursus namun tiada sebarang peningkatan yang ditunjukkan.
Tunku Ismail Sultan Ibrahim Bagi mengukuhkan bukti betapa mutu pengadilan masih lemah, Tunku Ismail menegaskan satu salinan rakaman perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim dan beberapa pasukan lain akan diserahkan kepada FAM untuk dinilai dan turut disusuli dengan surat rasmi.
|
Posted: Baling: Kekentalan pertahanan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling (SMKB) mengekang setiap asakan lawan membantu mereka mencipta sejarah muncul juara bola sepak peringkat Zon Baling Bawah 15 Tahun buat kali pertama di padang Sekolah Model Khas, baru-baru ini. Sekolah itu muncul juara selepas menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putera (SMKTP), 2-1 yang menyaksikan kedua-dua gol dijaringkan pada babak kedua.
Berikutan kemenangan itu, SMKB akan mewakili Zon Baling ke peringkat Zon Kuala Pegang, Kuala Ketil dan Zon Sik bulan depan.
"Semua pemain dilatih teknik pengawalan bola dan berdisiplin ketika latihan serta mempunyai keinginan untuk berjaya. "Semua nilai yang diterapkan itu membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab diberikan dengan berkesan," katanya.
Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Baling/Sik, Abd Razak Md Noh. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/21 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan