Harian Metro: Arena |
War's 15 80's A cipta nama juara Posted: Kuching: War's 15 80's A mencipta sejarah apabila muncul juara Terbuka Lelaki Karnival Futsal Harian Metro edisi Sarawak yang kali pertama diadakan di negeri Bumi Kenyalang semalam. Pada perlawanan akhir, pasukan dari Kuching itu menewaskan KTT Wirajaya dengan kemenangan tipis 1-0 di Arena Sukan.
"Sebelum ini kami menyertai banyak kejohanan tapi sering terkandas di suku akhir dan apabila ke final, kalah pula.
TIGA pemain War's 15 80's A mengawal ketat pemain KTT Wirajaya. "Minggu lalu kami baru saja bertemu mereka tapi kami tewas. Hari ini (semalam) akhirnya kami berjaya membalas dendam.
Selaku juara, War's 15 membawa pulang wang bernilai RM3,000 manakala KTT RM2,000 pada saingan yang dibawa oleh Ambank.
|
Posted: Marana, Arizona: Juara bertahan, Hunter Mahan dan pemenang 2010, Ian Poulter menempah pertembungan menarik pada separuh akhir Kejohanan Match Play Dunia WGC-Accenture selepas memenangi pertembungan suku akhir mereka semalam. Mahan dari AS menang 1-up selepas perlawanan sengit dengan juara Terbuka AS, Webb Simpson manakala Poulter dari Britain mara dengan kemenangan 3 & 2 ke atas pemain veteran Amerika, Steve Stricker di Dove Mountain.
Kuchar muncul pemain pertama layak ke separuh akhir apabila menewaskan rakan senegara, Robert Gar rigus 3 & 2, sebelum Day bangkit mengatasi pemain Ireland Utara, Graeme McDowell 1-up dalam satu pertarungan sengit.
Pemain Inggeris itu, yang terkenal dengan kehebatannya dalam permainan matchplay serta pukulan putt, mendahului kali pertama pada lubang ketiga par-tiga apabila dia membenam birdie dari jarak 40 kaki manakala Stricker tersasar percubaannya dari jarak tujuh kaki.
"Dari situ saya mengambil alih dan mendahului. Saya sedar, saya perlu mempamerkan permainan terbaik untuk mengatasi Steve." Terdahulu, Stricker, yang meraikan hari jadi ke-46 Sabtu lalu, layak ke suku akhir dengan persembahan mengagumkan lapan birdie apabila dia menundukkan rakan senegara dari Amerika, Scott Piercy 1-up. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/25 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan