Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Tanpa Lin Dan dari China, pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengakui laluannya untuk bergelar juara Seluruh England, tidak sesukar tahun lalu namun tetap melakukan persiapan terbaik kerana mana-mana pemain bukan sekadar China juga ada kemampuan untuk mengatasinya. "Saya pasti semua orang bertanyakan mengenai peluang saya tanpa kehadiran Lin Dan, memang peluang saya lebih cerah tapi perlu diingat, China masih ada lima pemain," kata Chong Wei.
"Saya mahukan semula kejuaraan yang terlepas tahun lalu. Begitupun saya perlu fokus menyelesaikan tugasan di setiap pusingan dulu sebelum berfikir jauh.
Datuk Lee Chong Wei Begitupun laluan pilihan kedua, Chen Long dari China lebih berliku kerana rakan seniornya Chen Jin, Kenichi Tago (Jepun) dan Sony Dwi Kuncoro (Indonesia) menjadi lawan yang pasti getir. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/26 |
Posted: Madrid: Lionel Messi mengakui Barcelona perlu meningkatkan tahap permainan mereka selepas dua persembahan di bawah keupayaan sebenar bagi pertembungan El Clasico Piala Raja Sepanyol menentang Real Madrid, awal pagi esok. Barca bermula hampir sempurna musim ini dan hanya keciciran mata dalam liga sebelum Krismas apabila seri 2-2 dengan Real Madrid di Mou Camp, selain kecundang di tangan Celtic pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
"Menentang Madrid kami perlu menghasilkan permainan terbaik kerana kami berdepan lawan hebat. Kami perlu berada pada tahap terbaik untuk layak ke final," kata Messi, menjelang separuh akhir kedua di Nou Camp selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama di Bernabeu.
Malah pemain terbaik dunia empat kali, Messi tidak menyengat walaupun mereka menguasai pegangan bola namun semuanya dimatikan lawan.
Barca sekali lagi kurang menyengat di bahagian serangan pada babak pertama menentang Sevilla hujung minggu lalu dan ketinggalan sebelum bangkit pada babak kedua menerusi gol David Villa dan Messi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan