Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Keputusan mengejut bekas pemain SC Beira Mar, Nazmi Faiz Mansor kembali ke Malaysia tanpa penjelasan kukuh, mengundang rasa kecewa dua bekas pemain negara yang pernah berkelana di luar negara. Mohd Fadzli Saari serta Juzaili Samion yang pernah beraksi di kelab Jerman, SV Wehen pada awal 2000 dan kini menghabiskan sisa-sisa karier mereka dengan beraksi di kancah Liga Malaysia, jelas tidak bersetuju dengan keputusan pemain berusia 19 tahun itu.
"Saya tidak pasti apa alasan sebenar Nazmi, tetapi berdasarkan laporan media, dia sendiri yang buat keputusan untuk pulang dan mungkin itu keputusan yang terbaik baginya.
NAZMI ketika menandatangani kontrak bersama kelab Portugal. "Saya pernah saksikan sendiri dia bermain dan secara jujur, saya memang mengagumi Nazmi kerana bakatnya cukup luar biasa. Saya yakin satu hari nanti dia pasti menyerlah," katanya.
"Dia pergi bawa harapan jutaan rakyat Malaysia yang mahu lihat kejayaan pemain negara di pentas tertinggi.
|
Posted: Teluk Intan: Kelab Workshop Elite A Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul juara Kejohanan Hoki 6 Sebelah Dalam Dewan Sempena Kemerdekaan bagi merebut Piala Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Kejohanan edisi keempat anjuran Kelab Tsuyoi Teluk Intan itu menyaksikan Kelab Hoki Workshop Elite A menang besar 5-0 ke atas Kelab Hoki Ipoh Silver Club dalam perlawanan akhir di gelanggang Arena Square, Teluk Intan, baru-baru ini.
Kelab Ipoh Silver Club yang gagal untuk menyaingi kelab dari ATM itu terpaksa berpuas hati dengan RM400 berserta pingat.
Hadiah disampaikan Timbalan Pengerusi Belia 4B Negeri Perak, Saiful Adli Arshad manakala majlis pembukaan disempurnakan Pengerusi Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan