Harian Metro: Arena |
Posted: Sepang: Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (gambar) memulakan latihan pramusim bersama pasukan barunya, Red Bull KTM Ajo Racing Team, di Litar Almeria, Sepanyol, semalam. "Saya rasa gementar memikirkan bagaimana Fahmi (Muhammad Zulfahmi) memulakan sesi latihan pramusimnya di sana. "Bagaimanapun, saya yakin beliau mampu mempamerkan aksi terbaik berdasarkan persediaan awal yang dilakukan di sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali kepada Bernama di Litar Sepang, semalam.
"Saya harap jentera baru Fahmi itu dapat memberi impak baik kepadanya, terutamanya untuk memulakan musim 2013 dengan lebih baik." Muhammad Zulfahmi mula menyertai perlumbaan MotoGP Dunia pada 2009 atas tiket wild card bagi kategori 125cc dan tahun berikutnya menyertai perlumbaan penuh dengan mengutip hanya empat mata.
ZULFAHMI fokus di litar. Lebih manis, kejayaan meraih petak pertama dan menamatkan saingan di tempat kedua di gelanggang sendiri, pada Grand Prix Malaysia pada 21 Oktober lalu dan menamatkan musim 2012 dengan kemenangan tempat ketiga dan podium keduanya di Grand Prix Valencia, Sepanyol, pada 11 November lalu.
|
Posted: Kuantan: Pasukan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) muncul juara edisi sulung Kejohanan Bowling Antara Jabatan merebut Piala Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang 2013 di Megalanes, Kuantan, baru-baru ini. Pasukan dibarisi Badli Safar Wahab, Rohaizan Saher, Abdul Aziz Mohd dan Che Alias Mohd Yusof itu mencatat 4,222 jatuhan pin, menewaskan 49 pasukan lain pada pertandingan anjuran Persatuan Bowling Tenpin Pahang (PBTP).
POLISAS membawa pulang wang tunai RM1,500, piala pusingan dan piala iringan manakala LPKTN B menerima RM900 dan PGA (RM700).
Hadiah disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail. Hadir sama, Presiden PBTP, Rosli Mustafa.
"Kami akan mengadakan lebih banyak kejohanan yang diharap melahirkan ramai bakat baru dan jika mampu mempamerkan kualiti permainan terbaik, mereka boleh mewakili Pahang," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/07 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan