Harian Metro: Setempat |
Posted: Sabak Bernam: Seramai 20 pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) teruja dipilih menjadi ahli Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) Sabak Bernam dan mengikuti kursus Sukarelawan Palestin yang diadakan pelancarannya di dewan kuliah kolej berkenaan Jumaat lalu. KKSB dengan kerjasama Sekretariat Asqa Syarif Sabak Bernam mengambil inisiatif berkenaan bagi membantu pelajar yang berminat menjadi sukarelawan di Palestin.
"Rasa takut itu hilang dengan kekuatan semangat saya untuk membantu rakyat Palestin dan saya sentiasa bersedia jika Sekretariat Aqsa Syarif meminta saya berbuat demikian," katanya.
Sementara itu, Pengarah KKSB Mohd Zainudin Mohd Esin berkata, pelancaran BriKS ini diharapkan dapat meningkatkan semangat kesukarelawan dalam kalangan warga KKSB dan menggunakan pengalaman serta inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas kesukarelawan itu.
Pada majlis sama, 10 pelajar BriSK Tanjung Karang turut menyertai program ini dan seterusnya ditauliahkan sebagai sukarelawan BriSK Aqsa Syarif bersama-sama pelajar BriSK Sabak Bernam. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/12 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan