Harian Metro: Setempat |
Lemas selepas rendam kepala, basuh muka Posted: Melaka: "Seperti kebiasaan kami melihat dia merendam kepala serta membasuh muka di pantai, namun apabila menyedari dia tidak bergerak kami segera berlari ke tepi pantai untuk melihatnya." Begitu kata seorang nelayan, Idris Jauh, 65, saksi kejadian seorang warga emas lelaki yang lemas di Pantai Kampung Hailam, Tanjung Kling, petang kelmarin.
Menurut Idris, ketika kejadian dia dan beberapa penduduk sedang berehat di sebuah pondok di pangkalan nelayan, tidak jauh dari lokasi.
MAYAT mangsa diangkat ahli keluarganya. "Dia (mangsa) memang selalu begitu tetapi selepas kira-kira tiga kali berbuat demikian (merendamkan kepala dan bangun) kami menjadi cemas apabila mendapati dia tidak bangun sebelum kami berlari ke tepi pantai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.
Katanya, mayat mangsa dipapah naik ke pantai oleh keluarganya yang datang ke lokasi selepas dimaklumkan mengenai kejadian.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan