Harian Metro: Setempat |
Posted: Klang: Sesi pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar, Meru, di sini, gempar apabila 75 murid sekolah berkenaan mengalami sakit perut, muntah dan cirit-birit dipercayai keracunan makanan selepas sesi rehat, pagi semalam. Dalam kejadian itu, murid berkenaan masing-masing dari tahun empat hingga enam mengadu sakit perut selepas waktu rehat sebelum pihak sekolah menghubungi pasukan perubatan daripada klinik kesihatan berhampiran untuk rawatan lanjut.
Pasukan perubatan yang melakukan rawatan membawa dua murid perempuan ke Klinik Kesihatan Meru untuk diberikan rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang.
DUA murid di kawasan kantin sekolah terbabit. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Selangor Mahmud Karim ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
"Selepas saringan kesihatan dijalankan, dua murid dihantar ke Klinik Kesihatan Meru untuk mendapatkan rawatan susulan namun semua mereka dilaporkan stabil," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan