Harian Metro: Setempat |
Digilis bas sekolah lepas jatuh motor Posted: Shah Alam: Seorang lelaki maut dalam keadaan mengerikan apabila digilis sebuah bas sekolah selepas motosikal ditungganginya bergesel motosikal lain sebelum terjatuh di Kilometer 8.3 Lebuhraya Persekutuan berhampiran Seksyen 7, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa, Mohd Faiz Tasnim Mohd Roshidi, 19, mati di tempat kejadian selepas parah di kepala dan beberapa bahagian badan akibat digilis bas yang gagal mengelak.
Ketua Trafik Shah Alam Deputi Superintendan Roslan Aziz berkata, mangsa tidak dapat mengawal motosikal sebelum bergesel motosikal lain yang berada pada kedudukan sama.
MAYAT mangsa di bawah bas. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat, manakala seorang lagi penunggang cedera ringan dan mendapatkan rawatan di hospital sama," katanya ketika dihubungi, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan