Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Skuad trek negara mempamerkan kemampuan sebagai jaguh Asia apabila menggegar di hari terakhir Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di India semalam dengan meraih lima pingat emas. Saingan di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi di New Delhi itu menyaksikan dua pelumba elit negara, Josiah Ng mencuri tumpuan dengan memenangi acara keirin dan 200 meter pecut lelaki manakala Fatehah memenangi acara 200 meter pecut wanita. Turut perlu diberi perhatian adalah pelumba berusia 16 tahun yang memenangi acara satu kilometer ujian masa sebelum ini, Muhammad Firdaus Mohd Zonis yang menguasai acara pecut 200 meter dan keirin remaja sekali gus mengumpul tiga pingat emas.
Namun Josiah sebaliknya mengungguli acara keirin sekali gus mempertahankan pingat emas dimenanginya di Kuala Lumpur pada tahun lalu selepas terlebih dulu turun dalam acara akhir 200 meter pecut lelaki untuk menafikan kelibat pelumba Iran, Hassanali Varposhti dalam dua perlumbaan saja.
JOSIAH (tengah) bersama pingat emas acara keirin. "Tujuh pingat emas diraih sesuatu yang di luar jangkaan. Kita meraih dua pingat emas pada hari pertama acara trek dan lima pingat emas pada hari terakhir. Namun yang pasti ia amat membanggakan," katanya.
"Josiah dan Fatehah menepati tahap sebenar, Azizulhasni (Awang) mungkin berdepan masalah yang membataskan prestasinya di ACC," katanya.
|
Posted: Kuala Lumpur: Majlis Sukan Negara (MSN) belum mengeluarkan larangan untuk mana-mana atlet negara menyertai sebarang kejohanan yang berlangsung di Filipina. Perkara terbabit mendapat perhatian MSN susulan tindakan Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) yang membuat keputusan menarik diri daripada menyertai Kejohanan Remaja Asia yang berlangsung di negara itu dengan alasan keselamatan berikutan pencerobohan pengganas Sulu dari Filipina ke Sabah yang belum menemui jalan penyelesaiannya.
"Kami tidak boleh membuat keputusan berdasarkan persepsi semata-mata kerana ia turut membabitkan hubungan dua negara. Malah setahu saya, hingga kini Filipina tidak pernah mengeluarkan kenyataan rakyat Malaysia tidak boleh bertandang ke negara itu," katanya. Zolkples turut menjelaskan keputusan dan tindakan seharusnya dirujuk kepada Wisma Putra bagi mendapatkan kepastian sewajarnya.
"Malah saya difahamkan tiada situasi berbentuk sentimen berlaku di negara itu namun saya akan menulis surat kepada kedutaan Malaysia di sana bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan sebenar sebelum menghantar atlet negara. Ingin saya tegaskan penghantaran atlet karate bergantung kepada situasi semasa," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan