Harian Metro: Arena |
FAM ubah peraturan perpindahan Posted: Kelana Jaya: Mana-mana pemain tempatan yang gagal menepati kehendak pasukan mungkin digugurkan pada pertengahan musim. Ini kerana buat kali pertama Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) membenarkan tiga pemain tempatan didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia bermula 8 hingga 22 April ini.
Menurutnya, pasukan terbabit boleh mendaftarkan pemain baru atau pemain yang masih bersama dengan pasukan lain.
HAMIDIN (kanan) mengadakan sidang media di FAM. Ia juga pasti menggembirakan Johor Darul Takzim (JDT) yang dilapor berhasrat menukar beberapa pemainnya dengan pasukan Liga Perdana negeri itu.
|
Posted: Kuala Lumpur: Perjalanan ratusan kilometer dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk merasai kehangatan Karnival Futsal Milo Hidup Bola (KFMHB) 2013 siri pertama di Orbit De Futsal, Segambut menjadi kenangan terindah buat Klinik Wakaf Siku 8 apabila muncul juara kategori Bawah 16 Tahun. Skuad bimbingan Dr Md Ariff Ikram Zakaria itu mempamerkan permainan menarik dan berjaya membenam Freeze FC B dari Serdang, 4-0 pada aksi final. Gol Klinik Wakaf Siku 8 itu dihasilkan Muhammad Hakimi Mokhtar, Ezzat Mohamed Zin, Muhammad Nazmie dan Mohamad Syahmi Ikram Zahidan.
Kategori Bawah 12 Tahun pula menjadi milik skuad Taman Cempaka Sari (TCS) dari Kuala Lumpur yang menang tipis 2-1 ke atas MB Kids A. Pada separuh akhir, TCS menang mudah 4-0 ke atas C4 Jr manakala MB Kids A mengalahkan Stylo Mylo dari Johor Bahru, 2-0.
Siri kedua KFMHB berlangsung di Manjung Indoor Sports Arena (MISA), Perak, Ahad ini dan siri ketiga di Safira Sport Planet, Pulau Pinang, pada 24 Mac. Maklumat lanjut, layari laman www.syoknyasukan.com atau hubungi Nik Muhd Radzi 019 3519934 dan Zack 019 9444334. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/13 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan