Harian Metro: Arena |
Posted: Sepang: Kejayaan pelumba veteran, Josiah Ng memenangi dua pingat emas Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) memastikan dirinya kini membayangi kelibat jaguh trek negara, Azizulhasni Awang di temasya yang berlangsung di India baru-baru ini. Pelumba berusia 33 tahun itu memenangi emas acara keirin selain menyingkirkan Azizulhasni dalam laluan ke final untuk menjuarai acara pecut individu sekali gus memahat namanya sebagai jaguh Asia ketika ini dan boleh dinobat pelumba terbaik Malaysia.
Katanya, kejayaan dua emas terutamanya dalam 200 meter pecut amat menggembirakan kerana dia pernah membuat keputusan berhenti daripada menjalani latihan dalam acara terbabit kerana berasa ia sudah dikuasai Azizulhasni dan kecewa dengan catatan masanya walaupun sudah lama mencuba.
ZOLKPLES melihat emas diraih Josiah (kiri) dan Fatehah pada Kejohanan ACC di KLIA semalam. Tiga emas diraih Josiah dan Fatehah memastikan Malaysia berada di tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul tujuh emas, tiga perak dan enam gangsa, ketinggalan kepada Korea Selatan yang mengumpul 12 emas, tujuh perak dan tujuh gangsa.
|
Posted: Kangar: Pusat Kecemerlangan Sukan Institut Pengajian Tinggi (PKS IPT) dinobat juara wanita terbuka Kejohanan Bola Jaring Piala Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2013 di D'Futsal Centre, baru-baru ini. Kejohanan Bola Jaring kali ketiga itu turut mempertandingkan dua kategori utama iaitu Terbuka Wanita yang membabitkan 14 pasukan, manakala Terbuka Lelaki, disertai 17 pasukan.
Wakil pasukan PKS IPT Rozliana Mohd Ridwan, 23, berkata, latihan berterusan dilakukan secara tidak langsung berjaya memastikan semua pemain berada dalam prestasi terbaik.
Ketua pasukan Leftenan Kolonel Dr Mohd Firdaus Ahmad, 34, berkata, saingan sengit diberikan lawan memberikan kekuatan kepada pasukan untuk berusaha mencapai kemenangan.
Juara kategori Terbuka Wanita dan Lelaki membawa pulang wang tunai RM3,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat, manakala naib juara, RM2,000 dan pingat. Tempat ketiga menerima RM1,000 dan pingat. Hadiah kepada pemenang disampaikan Pegawai Tadbir Pusat Sukan UniMAP Nazmizan Muhamad dan Pegawai Belia dan Sukan Pusat Sukan UniMAP Syeamersyela Ahamad. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/14 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan