Harian Metro: Arena |
Posted: Shah Alam: Arab Saudi menepati ramalan selaku jaguh Asia apabila menang mudah 4-1 ke atas skuad negara dalam aksi persahabatan malam tadi. Rembatan pemain gantian Mohd Safiq Rahim pada minit ke-70 yang menggegar gawang lawan memberikan sedikit kegembiraan kepada 5,000 penonton yang hadir di Stadium Shah Alam.
Pelawat kendalian Lopez Caro terlebih dulu membuka jaringan seawal minit ketujuh menerusi tandukan kebelakang penyerang kelab Al-Ettifaq, Yousef al-Salem.
AMRI (tengah) dihalang dua pemain Arab Saudi Abdullah Aldossary (kiri) dan Taiseer Aljassam malam tadi. Malah lawan sebaliknya menambah jaringan menerusi Yahya al-Shehri m-30 diikuti kealpaan benteng pertahanan membuka ruang Naif Hazazi merembat masuk m-89 dan Hamdan al-Hamdan pada masa kecederaan babak kedua.
Rajagobal yang melakukan rombakan pemain pada babak kedua masih belum mampu menyaingi kehebatan lawan. yang turut membuat persiapan untuk aksi kelayakan Piala Asia 2015 menentang Indonesia.
|
Posted: Kuala Lumpur: Buat pertama kali Kelab Sukan SportsUnite bersama Bijirin Sarapan Nestle Cornflakes dan Sunway Mega Lanes menganjurkan Kejohanan Tenpin Bowling khas untuk peserta dewasa dan warga emas berbilang kaum. Program berjaya menggamit penyertaaan 48 regu. Sambutan hangat membuktikan misi perpaduan Kelab Sukan SportsUnite mendapat pengiktirafan semua golongan.
One Ton membuktikan kejaguhan mereka apabila melakukan 1,788 jatuhan pin mengatasi pencabar terdekat regu KH Lim, Mat Salleh dengan 1,736 jatuhan pin.
"Amat membanggakan sekali untuk melihat peserta dewasa dan warga emas berbilang kaum bertanding dengan penuh semangat perpaduan dan kesukanan yang pertama dianjur di negara ini," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/18 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan