Harian Metro: Arena |
Posted: Ia cukup menimbulkan tanda tanya apabila Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih merahsiakan keputusan mengenai kes kritikan Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap mutu pengadilan Liga Malaysia kelmarin. Biarpun pengerusi, Datuk Taufek Abd Razak (gambar) mengaku jawatankuasa itu yang bersidang kelmarin sudah membuat ketetapan mengenai kes itu, namun mereka 'menangguhkan' seketika pengumumannya bagi mendapatkan bukti video terlebih dulu.
Tanpa bukti video, nasib Shahidan sudah boleh ditentukan hanya melalui kenyataannya di dada akhbar saja.
"Selain itu, dalam laporan atau keratan akhbar itu juga menyatakan satu sidang akhbar diadakan. Oleh itu, FAM memerlukan bukti lebih kukuh dengan meneliti pita rakaman yang merujuk kenyataan Tunku Ismail.
"Isu Shahidan sudah selesai dan bagi kes Tunku Ismail, FAM akan cuba menyelesaikannya dengan cara lebih profesional. Kami hanya memerlukan sedikit masa," katanya.
|
Posted: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengingatkan pemain, mereka kini semakin hampir ke kemuncak dalam usaha merangkul tiga kejuaraan utama tahun ini. Ferguson yang bakal menyaksikan anak buahnya melayan kunjungan Norwich, esok, berusaha merangkul tiga kejuaraan iaitu memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.
Pengendali dari Scotland itu sudah memaklumkan kepada pemain, mereka perlu akur kebarangkalian tidak diberi peluang membarisi kesebelasan utama pada setiap perlawanan kerana beliau mahu memastikan pemain cergas dan bebas daripada kecederaan.
"Mungkin ada pemain terkejut apabila mereka diberi peluang pada aksi final atau perlawanan penting kerana saya mempunyai skuad yang lengkap." Ferguson mendedahkan sudah berbincang dengan pemain yang kecewa kerana tidak diturunkan ketika seri 1-1 dengan Real di Bernabeu.
"Ia sesuatu yang hebat. Ia dapat mengukur tahap keyakinan pemain. Saya beritahu mereka jangan terlalu kecewa kerana tidak diturunkan." Penyerang United, Wayne Rooney mungkin diturunkan ketika bertemu Norwich selepas pulih daripada jangkitan virus dan dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika menang di QPR, minggu lalu. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan