Harian Metro: Arena |
Posted: Kelana Jaya: Pihak sekretariat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu Jawatankuasa Tatatertib FAM mengkaji kenyataan terbaru pengendali Datuk K Rajagobal yang didakwa mengkritik polisi penggunaan pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang memberi kesan kepada prestasi skuad kebangsaan ketika ini. Penolong Setiausaha Agung FAM Datuk Ahmad Fuad Daud berkata, berikutan kesuntukan masa, Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang semalam tidak sempat membincangkan kes itu secara mendalam dan akan dibawa pada mesyuarat seterusnya.
Ahmad Fuad yang ditemui pemberita diminta mengulas kenyataan Rajagobal yang dibuat pada sidang media selepas perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi, Ahad lalu.
Bagaimanapun Taufek yang mempengerusikan mesyuarat itu tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan dan tugas itu kini diambil alih sepenuhnya sekretariat FAM.
"Ini terpaksa dilakukan kerana kami tidak memperoleh bukti pergaduhan menerusi rakaman video yang diberikan Selangor, ATM dan TV3. Malah pegawai perlawanan juga tidak dapat mengenal pasti pemain yang terbabit kerana insiden itu berlaku dengan cepat," katanya.
|
Posted: Los Angeles: Maria Sharapova melonjak ke tangga kedua ranking dunia kelmarin selepas kejayaan mengagumkan menjuarai Terbuka BNP Paribas namun berkata, dia lebih berminat memenangi lebih banyak gelaran Grand Slam daripada prospek merebut semula kedudukan nombor satu dunia. "Nombor satu, satu nombor hebat," kata pemain anggun dari Russia itu selepas membenam cabaran pilihan kelapan dari Denmark Caroline Wozniacki (gambar), 6-2, 6-2 pada final kejohanan elit WTA di Indian Wells kelmarin untuk merangkul kejuaraan ke-28 dalam jelajah itu.
"Adakah ini yang kita mahukan? Sudah tentu. Ia persoalan yang tidak perlu difikirkan. Tapi ketika ini, kejuaraan dan gelaran Grand Slam lebih menjadi keutamaan." Maria, juara empat acara Grand Slam, sudah biasa dengan tanggapan sebagai pemain terbaik sukan itu, selepas muncul pemain kelima termuda menduduki ranking nombor satu ketika berusia 18 tahun pada 2005.
"Dia juga amat kuat dan tangkas, anda perlu konsisten menentangnya. Jika leka seketika dia pasti menghukum anda. Dia seorang pemain dengan keyakinan tinggi." Apabila rekod pertemuan antara Maria dan Serena diambil kira, ia bagaikan tiada tandingan. Pemain Russia itu hanya menang dua daripada 13 pertembungan karier dengan kemenangan terakhir hadir sembilan tahun lalu pada Kejohanan Jelajah WTA di Los Angeles.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan