Harian Metro: Arena |
Posted: Serravalle, San Marino: Pengurus England Roy Hodgson memberi amaran kepada pemain agar tidak leka selepas berjaya membelasah pasukan kerdil San Marino, 8-0 pada kelayakan Piala Dunia 2014, semalam. Skuad Hodgson tidak menunjukkan belas kasihan di Stadio Olimpico, Serraville sebaik jaringan sendiri Alessandro Della Valle pada minit ke-12 memulakan pesta gol pasukan pelawat.
Pesta gol itu menggambarkan penguasaan England terhadap pasukan yang berada di ranking ke-207 dunia dan berkongsi tangga terakhir ranking FIFA tapi Hodgson berkata, kejayaan itu tidak bermakna apabila pasukan itu menentang pendahulu Kumpulan H, Montenegro Selasa ini.
"Itulah yang kami lakukan tetapi tiada anggota pasukan melompat kegembiraan di bilik persalinan." Perlawanan di Podgorica Selasa ini mampu mencorakkan kempen kelayakan England.
Pada akhir perlawanan itu, ada penyokong England meluahkan kemarahan terhadap bek tengah Manchester United Rio Ferdinand yang menolak panggilan menyertai pasukan kebangsaan demi kempen kelabnya.
|
Posted: GIJON, Sepanyol: Finland menjaringkan gol penyamaan pada hujung perlawanan untuk mengikat Sepanyol, 1-1 sekali gus memberi tekanan terhadap juara dunia dan Eropah itu sebelum turun beraksi menentang Perancis pada aksi Kelayakan Piala Dunia Kumpulan I, minggu depan. Penyerang Teemu Pukki menjaringkan gol penyamaan itu pada minit ke-79, cubaan pertama tepat ke gawang Sepanyol yang menguasai sepenuhnya perlawanan itu.
Sepanyol kini menghuni tempat kedua kumpulan, ketinggalan dua mata berbanding Perancis yang berjaya menewaskan Georgia, 3-1 di Paris.
"Apapun, nasih masih di tangan kami. Kami memiliki pasukan yang hebat dan mampu menewaskan Perancis," katanya. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan