Harian Metro: Arena |
Posted: Kelana Jaya: Prospek untuk dua pemain muda negara Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim mengembangkan karier ke peringkat lebih tinggi kini terbuka luas biarpun mereka hanya dipikat kelab Liga Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu. Kedua-dua pemain Harimau Muda A itu sudah menandatangani kontrak bersama kelab yang berpangkalan di Okinawa itu dan berpeluang mempamerkan kemampuan untuk memikat pencari bakat kelab ternama di Jepun selepas ini.
Naib Presiden Eksekutif FC Ryukyu Sotaro Shinoda yakin dengan potensi dimiliki kedua-dua pemain negara ini dan kelabnya boleh menjadi platform terbaik untuk mereka melangkah lebih jauh.
SHINODA (kiri) menyerahkan jersi kepada Wan Zack dan Nazrul (kanan). "Jika mereka cergas, menunjukkan prestasi baik dalam latihan serta cepat menyesuaikan diri dengan pasukan, mereka pasti diberi peluang bermain dalam kesebelasan utama. "Mereka bagus, mempunyai kemahiran, kepantasan dan berbakat, saya harap mereka akan cepat mendapat tempat dalam skuad utama," katanya yang berlepas pulang ke Jepun bersama Wan Zack Haikal dan Nazirul semalam.
Shinoda bagaimanapun menjelaskan pihaknya membuat penilaian tersendiri sebelum mengemukakan tawaran itu.
|
Posted: Baling: Pasukan Pertiwi FC Kampung Gabus, Pulai muncul juara Liga Bolasepak Gabungan Pemuda/Veteran anjuran Kampung Telok Teduri berlangsung di padang kampung itu, baru-baru ini. Setiausaha pertandingan Yuhani Ariffin berkata, 10 pasukan menyertai pertandingan itu bagi mencungkil bakat baru di kalangan pemuda selain mengeratkan hubungan sesama pemain dan penduduk setempat.
Katanya, dengan adanya sukan seperti itu meskipun di peringkat kampung, ia memberi semangat kepada setiap pemain mempamerkan aksi menarik untuk tontonan semua.
Beliau yang juga jurulatih pasukan B-18 SMKTP berkata, pasukan sekolah itu disenaraikan dalam pertandingan itu untuk didedahkan dengan situasi perlawanan sebelum menyertai pertandingan lebih besar.
"Melalui perlawanan bersama penduduk setempat, ia dapat mendedahkan mereka berdepan pasukan lain," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan