Harian Metro: Arena |
Posted: Kuala Lumpur: Pemain muda negara nampaknya kini semakin 'laris' di pasaran luar negara. Selepas Wan Zack Haikal Wan Nor dan Nazirul Naim Che Hashim berjaya mengikat kontrak dengan kelab Liga Divisyen Tiga Jepun FC Ryukyu, dua lagi pemain Harimau Muda A berpeluang mengikut jejak langkah mereka. Namun kali ini destinasinya bukan ke Jepun sebaliknya ke Australia.
Setakat ini tawaran yang diberikan kelab yang pernah menjadi juara liga itu hanyalah ujian pemilihan yang dijangka diadakan pada Ogos ini, namun perkembangan itu dianggap cukup baik oleh pengendali Harimau Muda A Ong Kim Swee.
"Cuma buat masa ini tarikh sebenar belum ditetapkan dan ia masih dalam perbincangan. Perkara ini perlu diteliti sebelum membuat keputusan memandangkan skuad ini mempunyai jadual padat pada Ogos sebagai persiapan ke Sukan SEA Myanmar.
Menurut Kim Swee, aksi di pentas antarabangsa termasuk di pusingan kelayakan Olimpik dan aksi persahabatan dengan beberapa kelab di Gold Coast Australia bulan lalu membolehkan pasukan luar dapat melihat sendiri bakat yang dimiliki pemain muda negara.
|
Posted: London: Branislav Ivanovic berkata, pastinya "sesuatu yang menggembirakan" untuk bekerja di bawah kendalian bos Real Madrid Jose Mourinho namun menegaskan ia bukan masa yang sesuai untuk membincangkan spekulasi mengaitkan kembalinya jurulatih Portugal itu ke Chelsea. Mourinho dikatakan akan kembali bertugas di Stamford Bridge selepas menghabiskan tiga musim penuh berjaya dalam kariernya antara 2004-07, mengemudi mereka memenangi dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris selain Piala FA dan dua Piala Liga.
Ivanovic, yang menyertai Chelsea selepas Mourinho meninggalkan kelab itu untuk ke Inter Milan, menyambut baik peluang untuk bekerja di bawah kendalian jurulatih Portugis itu.
"Kita tunggu dan lihat. Anda tidak tahu apa yang berlaku dan ini bukan masanya buat kami untuk memperkatakan mengenainya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan