Harian Metro: Arena |
Posted: Kelana Jaya: Kritikan pengendali skuad kebangsaan Datuk K Rajagobal mengenai kehadiran pemain import dalam Liga Malaysia (Liga-M) akhirnya menjerat dirinya sendiri apabila beliau bakal didakwa atas kesalahan melanggar Artikel 88 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Dengan kedudukannya mula goyah berikutan aksi kurang memberangsangkan Harimau Malaya sejak akhir-akhir ini, jurulatih berusia 56 tahun itu berdepan satu lagi tekanan apabila surat pertuduhan ke atasnya akan dihantar minggu depan sebelum beliau menghadap Jawatankuasa Tatatertib.
"Kita sudah berbincang dengan panjang lebar untuk menentukan sama ada ia ada merit atau tiada merit. Merit bukan bermakna Rajagobal bersalah tapi kita buat keputusan kertas pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal.
Dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Shah Alam itu, beliau didakwa menyentuh dasar FAM dengan menyatakan penyerang import lebih mendapat tempat dalam pasukan teratas Liga Super yang mengakibatkan negara ketandusan penyerang semulajadi.
"Ya, pertuduhan ini dikeluarkan kerana beliau didakwa mengkritik dasar FAM, ini berdasarkan laporan akhbar," kata Taufek. Beliau berkata, Rajagobal perlu menjawab surat pertuduhan terlebih dulu sebelum dibicarakan dalam tempoh terdekat ini.
|
Posted: Miami: Pemain veteran Jerman Tommy Haas melakar kejutan apabila menyingkirkan juara dua kali Novak Djokovic 6-2, 6-4 pada pusingan keempat Terbuka Sony di Miami, semalam. Haas, 35 tahun minggu depan, memerlukan hanya 80 minit untuk menamatkan rentetan kemenangan 14 perlawanan Djokovic pada kejohanan itu sekali gus kekalahan kedua pemain nombor satu dunia dari Serbia itu musim ini.
"Ini adalah saat paling saya hargai, beraksi di stadium yang besar, pentas utama, bermain menentang pemain terbaik dunia." Kemenangan Haas yang kedua buatnya ke atas pemain nombor satu dunia, hampir 14 tahun selepas menumbangkan Andre Agassi pada suku akhir Piala Grand Slam 1999.
Pemain Jerman itu kini berdepan Gilles Simon selepas pilihan ke-11 dari Perancis itu bangkit mengatasi seorang lagi pemain Serbia Janko Tipsarevic 5-7, 6-2, 6-2.
Bagi kategori wanita, Serena Williams meneruskan usahanya menjuarai Terbuka Sony kali keenam apabila menang 6-3, 7-6 ke atas Li Na untuk meraih tempat ke separuh akhir. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan