Harian Metro: Arena |
Tak hirau Artikel 88, perkasakan Harimau Posted: Kelana Jaya: Ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal tetap fokus memperkasakan skuad kebangsaan walaupun bakal berdepan tuduhan melanggar Artikel 88. Menurut pengendali berusia 56 tahun itu, tiada apa yang hendak diperkatakan dan fokusnya kini hanya untuk skuad negara yang mempunyai jadual padat sepanjang tahun ini.
Jawatankuasa Tatatertib FAM kelmarin memutuskan untuk menghantar surat pertuduhan terhadap Rajagobal susulan kenyataannya mengenai kekurangan penyerang berkualiti di jentera serangan skuad kebangsaan menyebabkan kekalahan 1-4 kepada Arab Saudi.
Datuk K Rajagobal (kiri). Skuad kendalian Rajagobal kini bersaing dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 dengan tiga perlawanan berlangsung pada hujung tahun ini dan baki satu pertemuan pada tahun depan.
Rajagobal yang mula melatih skuad negara pada 2009 mempunyai kontrak hingga hujung tahun ini selepas dilantik menggantikan B Sathianathan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/29 |
Posted: Langkawi: Kontinjen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra muncul juara baru kategori sekolah menengah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Langkawi Ke-26 di Stadium Langkawi, baru-baru ini. Sekolah itu berjaya mengumpul 18 pingat emas, sembilan perak dan lapan gangsa bagi mengatasi pencabar terdekat SMK Mahsuri, 16 emas, 20 perak dan 23 gangsa.
Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Negeri pula menjuarai kategori sekolah rendah selepas memungut tujuh emas, enam perak dan satu gangsa untuk mengatasi 21 sekolah lain.
Hadiah disampaikan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kedah Mohamad Abd Hamid. Hadir sama, Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi Marzuki Daud, pengetua dan guru besar sekitar Langkawi.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan