Harian Metro: Arena |
Belajar pengalaman Suarez: Rodgers Posted: Liverpool: Brendan Rodgers menggesa Daniel Sturridge menjadikan pemain paling kontroversi dalam dunia bolasepak sebagai pemangkin meningkatkan persembahannya di Liverpool. Nama Sturridge semakin melonjak selepas dibeli dengan harga £12 juta (RM56 juta) dari Chelsea pada Januari selepas berjaya menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan.
Tiada siapa mampu menandingi kontroversi dicetuskan pemain dari Uruguay itu. Dia baru-baru ini menumbuk pemain pertahanan Chile, Gonzalo Jara pada pertembungan yang menyaksikan pasukannya tewas 0-2.
KESUNGGUHAN Suarez boleh dijadikan contoh buat Sturridge. "Luis pemain dan pemimpin yang hebat. Sebab itulah sebagai pengurus pasukan, saya sukakan dia, Dia mempamerkan kesungguhan dalam semua perlawanan.
"Daniel baru berusia 23 tahun dan perlu memperbaiki aksinya. Dia sentiasa terbuka mendengar nasihat. Ini senario kerja yang baru namun kami sudah berbincang dan menonton video mengenainya.
|
Posted: London: Tahun 2012 adalah tahun gemilang buat bintang Barcelona dari Argentina, Lionel Messi. Pemain bertubuh kecil yang lincah itu menjaringkan 91 gol, memecahkan rekod yang sebelum ini bertahan selama 40 tahun dicipta legenda Bayern Munich dan Jerman, Gerd Muller.
Williams sebelum ini pernah merakamkan aksi Kejuaraan Eropah tahun lalu apabila menghasilkan poster hebat memaparkan kesemua 16 pasukan yang layak beraksi pada Euro 2012.
"Selepas menyaksikan video kesemua 91 gol Messi di YouTube, saya sedar ia satu peristiwa yang unik," katanya.
"Saya menyedari kepelbagaian jaringan yang dilakukannya menerusi penalti, sepakan percuma, sentuhan mudah depan pintu gol dan tandukan tetapi dia juga menjaringkan gol peribadi yang hebat sama ada rembatan yang kencang, bola lambung, gol jelek ataupun cantik dan hasil gerakan licik atau dalam erti kata lain apa saja bentuk jaringan yang pernah kita bayangkan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan