Harian Metro: Arena |
Pertahan kritikan, tak musuhi FAM Posted: Kota Bharu: "Saya fikir, saya tidak berniat untuk bermusuh dengan FAM dan sampai sekarang saya mempertahankan kritikan itu betul," kata Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang sebelum ini lantang memberikan pandangan berhubung Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kelmarin, kenyataan beliau dipetik melalui laman facebooknya, yang menjelaskan bahawa anggota gabungan mempunyai kuasa untuk meminda atau menghapuskan Artikel 88 untuk memajukan sukan bola sepak negara.
Beliau yang pernah menjadi mangsa Artikel 88 itu berkata, Tunku Ismail berhak bersuara demi kebaikan FAM sendiri malah kenyataan dikeluarkan itu tidak mengancam kuasa badan induk bola sepak negara itu.
Tan Sri Annuar Musa Turut hadir Pengurus Subsidiari Kumpulan Adabi, Syed Mahadzir Syed Mansor, Timbalan Presiden KAFA, Datuk Affendi Hamzah, Setiausaha Agong KAFA, Azman Ibrahim dan jurulatih Bojan Hodak.
Pada 20 Febuari lalu, Tunku Ismail meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga M yang boleh ditakrif masih berada pada tahap amatur ketika bola sepak negara sudah lama di era profesional.
|
Posted: Kota Bharu: Penyerang import Kelantan Dimitri Petratos tekad memburu jaringan berdepan Maziya Sports & Recreation (Maziya SRC) dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. Penggempur berusia 20 tahun itu yang sebelum ini diketepikan dalam saingan Liga M kerana memberi laluan kepada penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou akhirnya turun untuk aksi pertamanya.
Katanya, walaupun sebelum ini kecewa tidak dapat beraksi dalam Liga M namun ia tidak mematahkan semangatnya kekal bersama Kelantan selepas mengikat kontrak setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Katanya, kehadiran dua pemain berkenaan memberi ruang kepadanya membuat pilihan pemain selain dibantu empat awang import.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan