Harian Metro: Arena |
Posted: Johor Bahru: Akur dan sedia terima apa saja keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), itulah keterbukaan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar selepas anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail bakal berdepan hukuman badan induk bola sepak negara itu. Ia gara-gara kritikan Tunku Ismail yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang boleh ditakrifkan masih berada di tahap amatur ketika bola sepak Malaysia sudah lama di era profesional.
"Tunku Ismail juga akur dengan keputusan FAM, badan itu juga diminta mengenakan tindakan sewajarnya dan tidak double standard (berat sebelah) walaupun dia adalah anak raja.
SULTAN Ibrahim berkecuali. Ia dianggap perkembangan positif selepas lebih 22 tahun terkubur dan melalui detik suram.
"Saya memberi dorongan dan semangat kepada Tunku Ismail untuk menaikkan bola sepak negeri Johor, Alhamdulillah cara Tunku Ismail mengendalikan pasukannya menampakkan hasil dalam masa singkat." Penyokong Johor DT juga diingatkan supaya sentiasa menjaga adab sopan dan tatatertib ketika menyaksikan perlawanan dan tidak mencemarinya dengan melakukan apa juga tindakan yang menyalahi undang-undang. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
Posted: Indian Wells, California: Bekas juara Terbuka Perancis, Francesca Schiavone mengalahkan rakan senegara dari Itali, Flavia Pennetta 7-5, 6-1 semalam untuk menempah pertemuan dengan pilihan kedua, Maria Sharapova pada kejohanan Terbuka BNP Paribas. Francesca, juara di Roland Garros pada 2010, memperbaiki rekod pertemuan 5-2 ke atas Flavia, yang baru saja kembali daripada pembedahan pergelangan tangan baru-baru ini.
Juara bertahan, Victoria Azarenka adalah pilihan utama kategori wanita.
Jelena berdepan kesukaran pada pusingan kedua menentang juara Grand Slam dua kali, Svetlana Kuznetsova, yang memerlukan hanya 71 minit menundukkan pemain Republik Czech, Andrea Hlavackova 6-3, 6-1.
Pernah menghuni ranking kedua dunia, Svetlana merudum ke tangga ke-85 namun kembali melonjak ke tangga ke-46 hasil kejayaan mara ke suku akhir di Sydney dan Terbuka Australia.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan