Harian Metro: Arena |
Posted: Mengecewakan dan memalukan. Itu reaksi Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong selepas tiada lagu Negaraku berkumandang ketika Malaysia memenangi pingat emas pertama acara trek Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) yang berlangsung di Velodrom Kompleks Sukan Indira Gandhi, India kelmarin. Insiden berlaku membabitkan pelumba berusia 16 tahun, Muhammad Firdaus Mohd Zonis yang memenangi pingat emas satu kilometer ujian masa kategori remaja dengan memecahkan rekod kejohanan namun tiada lagu kebangsaan berkumandang pada majlis penyampaian hadiah dengan tumpuan terarah kepada pengurus pasukan trek, Ibrahim Mustapa.
"Ini adalah perkara yang serius dan kami perlu melihatnya secara menyeluruh. Malah ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Sudah tentu ia turut memalukan kerana lagu kebangsaan tidak berkumandang. Saya tidak tahu sama ada ini berlaku kerana beliau tidak menaruh harapan untuk atlet kita menang atau sebaliknya," kata Zolkples yang berharap perkara itu tidak berulang.
"Mungkin berlaku masalah komunikasi dengan pihak sekretariat. Saya tidak berada di velodrom kerana menguruskan beberapa perkara membabitkan atlet paralimpik negara namun lagu kebangsaan tetap berkumandang cuma lewat beberapa minit dengan pegawai kita bertindak memuat turun lagu di Internet. Bukan tidak dimainkan langsung," katanya.
Azizulhasni dan Josiah Ng pula melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam acara pecut individu dengan menjadi antara 16 pelumba terbaik namun menurut Ibrahim, pelumba kelahiran Terengganu itu didenda Swiss Franc 200 (RM656) kerana menggunakan seluar melepasi bahagian lutut sekali gus menyebabkan beliau sebagai pengurus pasukan turut didenda 250 Swiss Franc (RM820). Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09 |
Posted: Wayne Rooney pasti mahu melepaskan rasa kecewanya apabila bertemu Chelsea pada suku akhir Piala FA, minggu ini selepas tidak diturunkan ketika Manchester United bertemu Real Madrid. Pengurus United, Alex Ferguson tidak menurunkan Rooney sebaliknya memilih Robin van Persie dan Danny Welbeck, namun di sebalik tewas 1-2 kepada kelab gergasi Sepanyol itu yang terus menyingkirkan United pada saingan Liga Juara-Juara, keputusan Ferguson itu dianggap wajar.
"Saya mengenali Rooney dan apa yang dimahukan adalah untuk beraksi sebaik mungkin dan melakar kejayaan. Dia mahukan trofi.
"Ferguson sudah berbincang dengan Rooney mengenai keputusannya mengetepikan pemain itu ketika bertemu Real Madrid.
"Pada masa ini, saya tidak fikir dia akan meninggalkan United," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan