Harian Metro: Hati |
Posted: PERSANDINGAN di taman biasanya dikaitkan dengan persalinan gaun mewah berlatar belakangkan hiasan bunga-bungaan pada singgahsana dan perincian manik pada busana. Namun dengan memberi penekanan kepada konsep moden kontemporari, peralihan rekaan serta gaya yang diketengahkan pereka kini semakin meningkat apabila tema perkahwinan dalam taman dengan penggayaan gaun labuh menjadi pilihan mempelai Muslimah. Ini kerana setiap potongan disesuaikan mengikut ciri moden pengantin bertudung tanpa mengetepikan ciri wanita Muslimah. Menurut pemilik Udaimatunnur Eksklusif Pengantin Muslimah, Ismail Abd Rahman, untuk 2013 dia lebih memberi penekanan kepada potongan moden kontemporari menerusi rekaan gaun petang dan kaftan yang diberi sentuhan glamor pada bahagian tertentu.
Ismail yang terkenal dengan rekaan untuk pengantin Muslimah mengakui sebelum menghasilkan rekaan dia akan melihat personaliti mempelai terlebih dulu supaya fabrik, warna serta perincian digunakan bertepatan rona kulit dan bentuk badan bagi memastikan potongan nampak cantik dan manis ketika digayakan. "Dalam sesetengah rekaan saya menggunakan sulaman tangan agar lebih kemas, teliti dan nampak harmoni. Walaupun memerlukan sedikit masa namun sulaman tangan memberi keunikan tersendiri apabila digayakan," ujarnya yang membuka butik di Rawang, Selangor. Bijak memilih fabrik, Ismail banyak menggunakan sifon, renda Perancis dan satin kerana semua fabrik ini mampu memperlihatkan keanggunan wanita tatkala bersanding di atas pelamin. Selain itu alunan serta sifat harmoni akan membuatkan helaian terletak cantik pada tubuh si pemakai. "Namun begitu bagi pengantin berbadan gempal tidak semua fabrik sesuai untuk mereka. Satin misalnya bersifat melekat dan akan menampakkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya. Sebaiknya pilih sifon dan renda kerana kedua-dua nampak semula jadi apabila digayakan. Begitu juga dengan potongan kembang akan memperlihatkan mempelai semakin berisi," jelasnya. Selain memberi tumpuan pada busana, keistimewaan Ismail yang bijak menyesuaikan padanan tudung mengikut rekaan baju turut memilih gaya serban kerana tampak lebih elegan dan mempesonakan. Kebiasaannya dia memilih rona sepadan baju supaya tidak nampak janggal. "Fabrik sifon bersama helaian net menjadi pilihan terkini mempelai. Ini kerana ia mampu mengikut bentuk tubuh serta melindungi kekurangan terutama bagi mereka yang memiliki wajah bulat. Selain itu serban akan memperlihatkan mempelai lebih langsing dan berleher jinjang," katanya yang gemar memilih rona lembut biru laut, kelabu, krim, merah jambu dan hijau yang sesuai digayakan untuk majlis di taman. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
Rekaan lebih moden, warna ceria Posted: SEPATU selain berfungsi melindungi kaki juga penting bagi memperbetulkan postur tubuh supaya berada dalam kedudukan yang betul serta memberikan rasa selesa ketika berjalan. Di pasaran terdapat pelbagai jenis kasut dengan rekaan serta ketinggian berbeza. Walaupun ada berpendapat kasut bertumit menyebabkan rasa sakit terutama pada bahagian belakang tumit. Namun, ia bergantung kepada jenis rekaan serta fabrik digunakan.
Bagi pereka kasut Christy Ng, yang berpengalaman dalam menghasilkan kasut bertumit untuk mempelai serta gaya kasual, sebelum menghasilkan rekaan, dia membuat kajian mengenai bentuk tubuh serta mendapatkan nasihat pakar kesihatan mengenai bentuk kasut yang tidak berbahaya atau mengganggu kesihatan tubuh wanita ketika berjalan. Walaupun kasut dihasilkan mempunyai ketinggian empat hingga tujuh inci, namun apabila dipakai ia tidak menimbulkan rasa sakit kerana pada bahagian tapak diletakkan kayu lembut dibalut fabrik sehingga dua atau tiga inci bagi menyokong kaki berada dalam keadaan selesa.
Untuk 2013 dia masih mengekalkan identiti sama Christy menghasilkan rekaan lebih moden pada warna ceria seperti merah, biru, merah jambu serta warna pastel seperti krim, kelabu, perak dan keemasan. Setiap sepatu diberi sentuhan moden menerusi pemilihan fabrik polos dan bercorak serta ditambah elemen memikat seperti reben pda bahagian depan serta tepi kasut. Lebih menarik dia menggunakan daya kreativiti dengan menambah perincian manik pada bahagian tertentu bagi memberikan gaya tersendiri. "Sifat wanita inginkan kelainan dalam penggayaan. Dengan memberikan kemasan pada perhiasan ia bukan saja membuatkan wanita tampil anggun dan elegan, malah sepatu ini boleh digayakan ketika majlis perkahwinan. Unsur glamor dengan tambahan manik memberikan kesan berbeza kepada pemakai," ujarnya. Kesemua rekaan kasut ini boleh diperoleh menerusi laman sesawang pada harga RM190 hingga RM288. Christy bukan saja menghasilkan rekaan untuk kasut bertumit, malah baji dan but turut dijual pada harga berpatutan. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan