Harian Metro: Hati |
Posted: Gaya solekan semula jadi mampu membuatkan riasan wajah kelihatan lebih ringkas tanpa perlu menggunakan mekap keterlaluan. Kaedah ini mampu memberikan perubahan pada wajah serta memberikan daya tarikan tersendiri bagi menyerlahkan keunikan personaliti si gadis manis. Ia boleh digunakan semua jenis kulit terutama bagi mereka yang memiliki jenis kulit sawo matang serta sesuai sebagai solekan ke pejabat tanpa perlu bergaya secara berlebihan. Bagi si gadis yang memiliki kulit kuning langsat, pilih warna bedak asas dan bedak debu sama seperti warna kulit. Jika ingin kelihatan lebih putih, gunakan warna bedak asas lebih cerah. SAPUKAN mekap asas pada seluruh wajah dan ratakan. Sapuan bahan ini memudahkan penyerapan mekap pada kulit. Gunakan mekap asas dengan dua warna berbeza iaitu gelap dan terang untuk tenggelamkan bentuk pipi yang agak berisi. SOLEKAN gaya semula jadi yang ringkas dan selamat serta boleh disesuaikan dengan pelbagai majlis. SAPUKAN mekap asas pada seluruh wajah dan ratakan. Sapuan bahan ini memudahkan penyerapan mekap pada kulit. Gunakan mekap asas dengan dua warna berbeza iaitu gelap dan terang untuk tenggelamkan bentuk pipi yang agak berisi. SAPUKAN bedak asas dan bedak debu untuk tonjolkan bahagian wajah diingini. Sapu pembayang pada tulang pipi dan rahang bawah untuk ilusi wajah lebih tirus. SAPUKAN bedak asas dan bedak debu untuk tonjolkan bahagian wajah diingini. Sapu pembayang pada tulang pipi dan rahang bawah untuk ilusi wajah lebih tirus. BENTUKKAN kening terlebih dulu supaya sapuan pembayang mata lebih sekata. Gunakan pensel penggaris mata untuk membentuknya dan pakaikan bulu mata palsu. SEMENTARA menunggu, gam bulu mata palsu kering, sapukan pembayang mata tetapi pastikan tidak lebih tiga warna bagi mengekalkan warna asas pembayang mata. PAKAIKAN maskara untuk mencantumkan bulu mata palsu dan bulu mata asal agar lebih kemas dan terbentuk cantik. KEMASKAN pembayang pipi dengan menambah warna pembayang di bahagian tulang pipi. GUNAKAN warna gincu bersesuaian dengan warna baju agar lebih menyerlah.
Namun bagi olesan pemerah pipi, penggunaan warna karamel berupaya menyegarkan wajah. Pembayang mata pula boleh menggunakan warna menarik seperti coklat atau jingga manakala gincu merah jambu dan coklat akan menambah daya penarik diri. Sementara itu, asas pemilihan bedak asas dan bedak debu untuk mereka yang memiliki kulit berwarna coklat perlu menggunakan warna yang bersesuaian dengan kulit. Jangan mencampurkan pemakaian bedak asas dengan warna lebih muda. Bagi pembayang mata pula, pilih warna lembut seperti biru muda atau kelabu. Untuk pemerah pipi, sesuaikan dengan pembayang mata atau gunakan warna lebih cerah dan cukup hanya oleskan pengilat bibir agar penampilan ringkas serta membuatkan bibir kelihatan lebih mempesona. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Hati To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan