Harian Metro: Setempat |
Posted: Hulu Bernam: Tiga pekerja binaan nyaris maut selepas tercampak daripada lori dinaiki dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berat di sini, malam kelmarin. Kejadian berlaku jam 10.30 malam di Kilometer 400.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Bukit Tagar apabila lori satu tan yang membawa peralatan binaan yang dinaiki semua mangsa terbabas akibat tayar belakang pecah.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, tayar belakang lori sebelah kiri pecah menyebabkan lori berputar beberapa kali di tengah jalan dan kami bertiga tercampak keluar," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Tanjung Malim, dekat sini semalam.
KEPALA lori remuk selepas melanggar penghadang lebuh raya. "Lori kami turut melanggar sebuah lori lain dari arah belakang sebelum berpusing beberapa kali di tengah jalan. Lori turut dirempuh sebuah treler," katanya.
Dua lagi rakannya, K Ashukumar,35, dan P Kalibaskaran, 25, cedera di kaki, muka dan badan, tetapi hanya menerima rawatan pesakit luar sebelum dibenarkan pulang.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan