Harian Metro: Setempat |
Posted: Alor Gajah: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati dalam keadaan mulut dan hidung berdarah, dipercayai akibat tersedak susu, di rumahnya di Taman Seri Sutera, Pengkalan, di sini, pagi semalam. Kejadian menimpa T Wesnevy disedari ibunya, T Thandiswari, 19, selepas melihat mulut dan hidung anak tunggalnya berdarah sebaik terjaga daripada tidur, jam 7 pagi. Menurut Thandiswari, sebelum itu, anaknya terjaga dan menangis menandakan bayi sulungnya itu ingin minum susu kira-kira jam 3 pagi.
"Bagaimanapun, ketika bangun tidur pagi tadi (semalam) saya terkejut melihat kesan darah pada mulut dan hidung Wesnevy lalu cuba mengejutnya, namun tiada tindak balas," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
IBU mangsa enggan melepaskan mayat anaknya sebelum dipujuk ahli keluarga yang lain. WESNEVY Bayi malang itu kemudian dikejarkan ke Hospital Alor Gajah menggunakan motosikal untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Suasana pilu di sekitar hospital apabila bapa mangsa dikatakan enggan menatang mayat anak tunggalnya masuk ke dalam van mayat, manakala ibu mangsa pula yang masih terkejut dilihat enggan melepaskan mayat anaknya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan