Harian Metro: Setempat |
Posted: Kuala Lumpur: "Jangan ambil gambar...nanti semua orang mati," kata seorang lelaki memarahi petugas media yang merakam gambar seorang ahli perniagaan yang mati ditembak ketika berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Sentul, Sentul, di sini, semalam. Lelaki terbabit dipercayai anggota keluarga mangsa gagal mengawal emosinya sebelum dia menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat bagi menghalang gambar mayat mangsa dikenali sebagai Sivaraja, 34, dirakam jurugambar.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mangsa yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria bersama seorang rakannya yang juga lelaki warga asing berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi minyak dalam kejadian jam 8 malam.
ANGGOTA Unit Forensik polis memeriksa kereta mangsa. Beliau berkata, mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri maut di tempat kejadian selepas terkena tembakan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan