Harian Metro: Setempat |
Posted: Seramai 179 keluarga peneroka dari Kampung Seri Aman, Batang Berjuntai, Kuala Selangor, dekat sini, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan proses dan keputusan cabutan undi dalam kalangan pemohon baru untuk lot tanah itu. Permohonan itu difailkan wakil penduduk, Balakrishnan Subramaniam di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, menerusi firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners.
Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui pemberita selepas memfailkan permohonan itu berkata, semua peneroka asal berkenaan menduduki lot tanah di Kampung Seri Aman lebih 60 tahun.
Menurutnya, peneroka asal berkenaan menyatakan cabutan undi untuk pemohon baru memberi implikasi bahawa kerajaan Selangor membatalkan kelulusan lot tanah itu yang sudah diberi kepada mereka.
Sehubungan itu, Kamarudin berkata, semua 179 peneroka asal berkenaan memohon satu perintah deklarasi bahawa surat bertarikh 18 April 2007 daripada Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor yang mengesahkan kelulusan lot tanah mereka masih berkuat kuasa dan sah. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan